Menempa Nama Di Indonesia, Peminat Sanggup Tidur Di Airport Demi Shiha Zikir



Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3, Shiha, atau lebih dikenali sebagai Shiha Zikir, lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang Malaysia, mula menempa nama di peringkat antarabangsa apabila bakat dan nyanyiannya mula mendapat sokongan daripada peminat dari Indonesia.
 


Semuanya gara-gara Shiha mula diterima peminat di sana sejak menyertai program D’Academy Asia Indonesia. Katanya, penghargaan yang diterimanya daripada peminat luar negara itu cukup membuatkan dirinya rasa dihargai.
 
 

Lebih mengharukan apabila ada peminatnya yang sanggup tidur di lapangan terbang hanya semata-mata untuk berjumpa dengan Shiha Zikir.

"Ada yang sanggup datang dari jauh dengan menaiki kenderaan darat mahupun menaiki pesawat. Ada juga yang sanggup tidur di lapangan terbang, semua perkara ini mereka buat semata-mata nak bagi hadiah dan bergambar sahaja. 



Sebelum ini, Shiha turut mendapat jemputan-jemputan nyanyian di negara seberang ini seperti di Q Academy dan rancangan-rancangan televisyen yang lain.
 


*

Berikutan popularitinya di Indonesia, Shiha akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan kerjayanya di sana. Ia sekaligus bagai mengikut jejak langkah Shila Amzah yang kini bertapak di negara China serta Yuna yang mengembangkan kariernya di USA. 
 

"Saya rasa perlu untuk meneruskan karier di sana selain di tanah air sendiri kerana perkara ini merupakan salah satu impian saya sejak dulu lagi. Memang saya berhasrat untuk mengembangkan karier di Indonesia dan menembusi pasaran di sana. 

"Saya akui di sana memang ramai artis, jadi untuk bersaing itu sebenarnya saya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi sesiapa. Malah, saya hanya menjadi diri sendiri dan berusaha keras untuk sampai ke peringkat hari ini. 

"Saya percaya kalau kita ada kelab peminat yang ikhlas, minat dengan bakat kita, insya-Allah nyanyi genre apapun mereka pasti berikan sokongan,"  
 
 
Tahniah Shiha!

Sumber Media Hiburan.

0 comment... add one now