Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air Dibatalkan Berkuatkuasa Hari Ini- Mavcom



KUALA LUMPUR, 13 Jun: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada Isnin membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air, lapor mStar Online.

Menerusi satu kenyataan, suruhanjaya penerbangan itu berkata Rayani Air telah melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

"Rayani Air tidak lagi boleh beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial berkuat kuasa hari ini," kata kenyataan tersebut.

Sumber - mstar online 

0 comment... add one now