Lelaki Ini Kongsi Tips Booking Hotel 5 Bintang Secara 'Last Minute' Lebih Menjimatkan



Ketika bercuti, aspek penginapan antara perkara pertama yang difikirkan. Kini, Online Travel Agency (OTA) atau Hotel Booking Online (HBO) seperti Booking.com dan Agoda selalu jadi pilihan untuk membuat tempahan hotel.


Hakikatnya, bukan dua OTA itu sahaja yang anda boleh guna. Seorang pelayar Facebook, Mohd Atif yang gemar melancong berkongsi rahsia bagaimana dia kerap mendapat bilik penginapan hotel pada kadar yang murah. Bilik percuma untuk hotel 5 bintang pun ada. Jom kita baca perkongsian daripada beliau.
Apps 'Hotel Quickly' Jadikan Percutian Anda Jimat Dan Mudah
Sejak mengembara ke beberapa tempat selama beberapa tahun yang lalu, saya dikenalkan dengan satu aplikasi bernama 'Hotel Quickly' oleh seorang teman rapat. Dari situlah 
permulaan saya sebagai 'hotel reviewer.'

Banyak penginapan saya book melalui aplikasi tersebut dan harga yang saya dapat amat memeranjatkan. Bayangkan, saya cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala lumpur. Saya juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang. Saya ada bukti menunjukkan foto-foto hotel yang saya dapat pada harga tersebut.
agi saya, berapa bintang tak kisah yang penting harga murah, hotel bersih dan selesa. Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? Anda ikut langkah-langkah di bawah:

1. Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY pada telefon bimbit anda samada melalui Apple Store atau Google Play Store.

2. Daftar akaun secara percuma guna akaun Facebook anda.

3. Selepas berjaya daftar, klik ikon 'TIGA LINE BERINGKAT' pada sebelah kiri atas skrin telefon anda.

4. Pergi ke KREDIT dan klik REDEEM VOUCHER.

5. Masukkan kod promosi 'MATIF' dan klik REDEEM VOUCHER (hanya boleh ditebus dalam masa 24 jam selepas anda download aplikasi Hotel Quickly. Jadi, cepat-cepat redeem code ini walaupun anda belum set date untuk stay di hotel yang anda pilih selepas download. Jika tidak, rugi voucher RM40.

6. Selepas klik, anda akan dapat kredit percuma bernilai RM40.

7. Dari situ, anda akan dapat lihat harga-harga hotel selepas ditolak dengan diskaun voucher RM40.

8. Pastikan langkah-langkah di atas anda ikuti dengan betul untuk dapat voucher credit.

Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus redeem kerana nanti bila anda benar-benar nak book bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.
Camana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat voucher RM40?

Untuk dapat seperti saya pernah dapat satu bilik hotel 4
bintang pada RM5 itu, kena buat kerja sikit. Tapi mudah sahaja iaitu dengan sistem point collection.

Share KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.

Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.

Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!
Peringatan!

Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Itu fasal boleh dapat harga yang 'menggila murah' seperti itu. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?

Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat back up plan dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat "Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj." jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.

Mudah kan?

Kredit: Mohamad Atif

0 comment... add one now