Lelaki Ini Beli Plat Bernombor 1 Bernilai RM20 Juta di UAE

06hmsharjah_cropped_1465169685
Di Dubai, satu plat pendaftaran bernombor 1 telah dilelong pada harga 18 juta dirham (RM20 juta).
Arif Ahmed Al-Zaourni, pembida yang berjaya memenangi nombor tersebut merupakan seorang ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Gulf News,
“Saya hanya membida untuk mendapatkan Nombor 1. Impian saya ialah untuk sentiasa menjadi nombor 1.
“Saya datang ke sini kerana nombor itu sahaja dan sanggup membelinya, tidak kira berapa harganya.”
Namun, ini bukanlah harga tertinggi untuk satu plat pendaftran di UAE kerana pada tahun 2008, plat kenderaan bernombor 1 dibeli pada harga RM58 juta di Abu Dhabi.
Sumber: Hmetro

0 comment... add one now