Lebih 16,000 Orang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Muhammad Ali

 

Dianggarkan lebih daripada 16, 000 orang memberikan penghormatan terakhir kepada lagenda tinju dunia, Muhammad Ali yang meninggal 3 Jun lalu. Majlis pengebumian ini dikatakan yang paling besar melibatkan seorang Muslim di Amerika Syarikat. 

Keranda Ali dibawa masuk ke Freedom Hall, iaitu tempat di mana berlangsungnya perlawanan terakhir Muhammad Ali menentang Willi Besmanoff pada tahun 1961. 

Laungan Allahuakbar berkumandang sebaik keranda jenazah dibawa masuk dan orang ramai berpusu-pusu mengangkat kamera untuk mengambil gambar dan video Allahyarham. 

Turut serta, individu penting dari seluruh dunia antaranya, pelakon Hollywood, Will Smith; bekas juara tinju heavyweight, Lennox Lewis; bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan .

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Zaid Shakir, seorang Muslim –Amerika yang sangat dihormati. Semoga roh Allahyarham Muhammad Ali ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin. 





Sumber: ABC.net 

0 comment... add one now