Layan Kekasih Macam Princess, Nama Hafiz Mahamad Jadi Trending



SETAP wanita pastinya mahu dilayan bak puteri oleh insan tersayang masing-masing.
Dan layanan yang diterima Instagrammer terkenal, Syafiqah Aina sempena menyambut sambutan ulang tahun kelahiran ke-22 nya baru-baru ini menjadi viral gara-gara manisnya kejutan yang dibuat oleh kekasihnya, yang juga bintang Instagram popular, Hafiz Mahamad.
Kata-kata ucapan romantis yang ditujukan Hafiz kepada Syafiqah menyebabkan ramai wanita cair dan berharap mereka juga sebertuah Syafiqah dalam menemui Mr. Right masing-masing.

Baca juga: Viral gambar Hafiz Mahamad dengan kekasihnya di kereta limo
Apa tidaknya, demi menghargai pengorbanan teman wanita yang sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang, Hafiz telah menyewa sebuah limosin putih dan membawa kekasihnya itu menikmati makan malam nan romantik di Restoran Berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur yang sememangnya menawarkan pemandangan menarik di sekitar ibu kota ini.
A video posted by HafizMahamad (@hafizmahamad) on 
A video posted by HafizMahamad (@hafizmahamad) on 
A video posted by HafizMahamad (@hafizmahamad) on 
Tahap ‘kemanisan’ Hafiz dalam melayani dan menyambut birthday Syafiqah telah membuatkan dirinya menjadi trending di Instagram dan juga laman makro Twitter.
Malah ramai gadis di luar sana mula berangan-angan untuk mendapatkan ‘Hafiz Mahamad’ mereka sendiri selain menjadikan hubungan Hafiz dan Syafiqah sebagai ‘relationship goal’ mereka.
twitt
twitt1

Namun, yang tak sedapnya, dalam sibuk-sibuk melayani ‘kemanisan’ itu, ada seorang pengguna Twitter, yang menggunakan tweethandle, @annazrulan cuba memanaskan keadaan dengan mengkritik selebriti Hafiz Hamidun yang tidak ada kena mengena langsung dalam ‘drama romantis’ yang dicipta Hafiz Mahamad itu.
twit
Menulis, “guys, it’s okay if your boyfriend bukan macam Hafiz Mahamad, at least your boyfriend bukan macam Hafiz Hamidun buat status Facebook, screenshot then masuk buku. smh (shaking my head/geleng kepala).”
Disebabkan muat naik itu, Hafiz Hamidun yang ‘tersentap’ dikritik terus membalas komen itu dengan menulis di Twitter,
“Yang mengutuk orang ni, sebenarnya sejenis tak bergaul dengan orang lain. Duduk dalam tempurung. Tak boleh tengok orang senang. Dia panas.
“Kau kutuk orang lain, apa dapat? Puas hati? Sebenarnya, kau dah sakitkan hati kau sendiri. Belajar kasi habis dulu.
“Jangan mengata orang lainlah. Cermin diri sendiri dulu. Bila kau rasa dah bagus sangat, then ko kutuk orang, terus level kau jadi zero,” tulis bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu.
hafiz
hafizz
Kesian kat Hafiz Hamidun, tak pasal-pasal dirinya dikutuk sedangkan dia tiada pun cari pasal dengan lelaki tu dulu.
Mungkin ini lah harga yang perlu dibayar oleh setiap insan yang bergelar selebriti.
Ada sahaja benda orang nak kritik tak tentu hala.
Sebab sebelum ini pun, Hafiz Hamidun pernah juga ‘diperli’ oleh seorang pelakon gara-gara penerbitan buku ‘selfie’ bersama quote motivasi yang dikeluarkannya beberapa bulan sebelum ini.

2 comments.. read them below or add one

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip Jun 20, 2016
okay kesian Hafiz Hamidun hahaha..
ayunie ramli ayunie ramli Jun 21, 2016
jadi bahan tak pasal pasal :) Tapi setiap orang tak same kan.