Kisah Sedih Zukie Putus Cinta Disebabkan Hanya Miliki Kereta Kancil

Siapa tidak kenal Zukie, terkenal dengan video pendek lawak atau dikenali sebagai 'vine' yang sudah menjadi bualan ketika ini. Mengumpul sejumlah pengikut yang ramai di media sosial menjadikan Zukieeee sebagai 'public figure' seperti selebriti yang setiap aktivitinya mahu diketahui peminatnya.

Tidak ramai yang tahu, Zukie sebenarnya sebelum ini sudah menyulam cinta lebih empat tahun dengan seorang gadis dan hampir melangsungkan perkahwinan pada tahun ini tetapi tidak kesampaian kerana gadis tersebut nekad putuskan perhubungan mereka disebabkan orang ketiga. Pada waktu tersebut, Zukie bukan seperti mana dia sekarang. Dahulunya Zukie hanya miliki kancil dan tidak berduit. 

kereta kancil zukie yang dahulu
Alasan gadis tersebut memutuskan perhubungan disebabkan lelaki ketiga tersebut lebih berharta dan sado. Lelaki tersebut mampu memberikan apa sahaja yang diinginkan gadis tersebut.

Kini Zukie sudah memiliki semuanya, harta dan populariti.
Zukie bersama kereta barunya rx8
Cover Harian Metro
Terkini, di instagram Zukie seolah telah menemui cinta baru. Cun melecun 'awek' baru Zukie yang baru ni.


P/s : Jangan melihat nasib orang ketika ini, kesudahan dan takdir yang mendatang hanya tuhan yang lebih mengetahuinya.

0 comment... add one now