Kisah Sebenar Yang Terjadi Disebalik Burung Unta Yang Terlepas Di Highway

ostich
Baru-baru ini, seekor burung unta yang terlepas ditengah jalan raya berdekatan dengan Universiti Malaya dikatakan telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai apabila ia terperangkap dalam sebuah longkang kira-kira jam 4.30 petang.
Menurut satu laporan akhbar tempatan, seorang saksi memberitahu dia terlihat burung unta itu melompat keluar dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya.
“Burung unta itu berlari di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya. Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan. Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan.”
Burung unta itu kemudian dikatakan dibawa pulang ke sebuah ladang burung unta milik tuannya yang terletak di Semenyih, Kajang. Dalam pada itu menerusi info terbaru, burung unta tersebut telah selamat menemui tuannya yang dikenali sebagai Darren Chow
Burung unta yang diberi nama Chikaboo itu dilaporkan terlepas selepas melompat keluar dari tingkap kenderaan yang dibuka pemiliknya. Apa yang difahamkan, Chikaboo suka jika tingkap dibuka ketika naik kereta bersama tuannya tetapi pada hari kejadian, burung unta itu tiba-tiba melompat keluar.

0 comment... add one now