Kisah kejayaan pengasas KFC dan resepi ayam gorengnya ramai yang tak tahu


Kisah Kejayaan KFC yang ramai orang TIDAK TAHU.

Saya rasa, ramai yang masih tidak tahu tentang kisah kejayaan KFC.
Ceritanya bermula begini..
….
Pengasas resipi ayam goreng KFC iaituColonel Harland Sanders yang dilahirkan di Kentucky pada tahun 1890.
Semasa zaman kanak-kanaknya dia biasa memasak kerana ibunya sibuk bekerja setelah ayahnya yang bekerja sebagai pelombong meninggal dunia dunia ketika usianya sementah enam tahun. Manakala beliau pula anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Antara masakan yang beliau pelajari daripada ibunya ialah memasak ayam goreng.
Namun untuk menjadi tauke ayam goreng bukanlah semudah dan sepantas itu. Sebaliknya Sanders sering bertukar kerja sehinggalah usianya 40 tahun. Waktu itu dia membuka stesyen minyak di Kentucky. Dalam masa yang sama dia memberi peluang orang yang singgah di situ menikmati ayam goreng yang dimasaknya sendiri. Akhirnya ramai orang menggemari keenakan rasa ayam goreng Sanders.
Kemudian dia membuka restoran ayam gorengnya sendiri bagi memenuhi permintaan orang ramai yang rindukan ayam gorengnya. Malangnya restorannya terpaksa ditutup (1952) dan Sanders kehilangan semua perniagaannya melainkan resipi menggoreng ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan ramuan itu.
Namun, Sanders tidak sesekali berputus asa. Dia bawa resipi dia untuk dijual  dan difrancaiskan.
Pada kedai yang ke 1000, akhirnya Sanders berjaya memfrancaiskan perniagaan ayam gorengnya dan semua itu dicapai hanya pada usianya 65 tahun.
Kini KFC berada di lebih 80 buah negara dengan pendapatan tahunannya (royaltinya) melebihi USD40,000 setahun.
kisah kejayaan colonel sanders dan ayam goreng KFC
Kisah kejayaan colonel sanders dan ayam goreng KFC yang sedap dan POPULAR.
Fakta tentang KFC yang ramai yang tidak tahu.
1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.
2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.
3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus dan sedap sehingga menjilat jari. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.
4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentuck Colonel”.
5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.
6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di seluruh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.
..
zinger burger kfc sedap
ZINGER burger kfc sedap

2 comments.. read them below or add one

Klinax Organik Klinax Organik Julai 09, 2016
kisah inspirasi dari kegagalan kepada kejayaan