Kini Boleh Guna Video Untuk Reply Komen Pada Facebook


FACEBOOK menerusi kemaskini terbaharu membolehkan para pengguna meninggalkan komen dalam bentuk video pada perkongsian di laman sosial berkenaan.

Pengguna hanya perlu memilih ikon kamera di bawah kotak ‘reply’ (sebelum ini hanya digunakan untuk menambah gambar) seterusnya klip video boleh dimuatnaik sebagai komen.
videooooo
Ciri ini boleh didapati di iOs, Android dan juga di laman web.
Menurut portal The Verge, prototaip ciri terbaharu ini sebahagian daripada sambutan ulang tahun Hackathon ke-50 syarikat berkenaan dan telah dibicarakan sejak beberapa bulan lalu.
Facebook dilaporkan sejak Januari, memberi fokus kepada perkembangan video dalam usaha menjadikan laman sosial itu lebih mesra pengguna.
“Kami beri membolehkan muatnaik video di ruang komen kerana mahu jadikan perbualan lebih menarik dalam kalangan pengguna,” kata pakar jurutera Facebook, Bob Baldwin menerusi satu kenyataan media.
Sumber: The Verge

0 comment... add one now