Khasiat epal kepada kesihatan anda tak tahu


Buah epal adalah salah satu buah yang popular di dunia. (dan sedap)
Buah ini dari pokok epal (Malus domestica), yang berasal dari Asia, dan ditanam di seluruh dunia.
Epal, jangan cakaplah, memang kaya dengan serat, vitamin C dan pelbagai jenis antioksida. Pada masa yang sama buah epal ini tidak banyak kadar kalorinya.
Sudah banyak kajian yang menyatakan bahawa pemakanan buah epal boleh memberikan kebaikan kepada tubuh badan,terutama dalam aspek kesihatan.
Ianya sedap untuk dimakan dan biasanya dimakan begitu sahaja, tetapi ada juga yang menggunakannya dalam resepi masakan, jadikan jus dan smoothie.
Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa khasiat epal kepada badan, terutama pada kesihatan dan kandungan bahan.

Kandungan Buah Epal

Berikut adalah kandungan bahan yang terdapat di dalam buah epal.

1. Karbohidrat Di Dalam Epal

Epal mengandungi banyak karbohidrat dan air, yang merangkumi gula seperti fruktosa, sukrosa dan glukosa.
Walaupun buah ini mempunyai kadar gula yang tinggi, namun mempunyai index glisemik yang rendah, dalam lingkungan 29-45.
Index glisemik merujuk kepada ukuran sejauh mana sesuatu makanan tersebut meningkatkan kadar gula dalam darah selepas makan. Semakin rendah nilai index, semakin baik untuk kesihatan.
Buah-buahan biasanya mempunyai index glisemik yang rendah, disebabkan oleh kandungan serat dan poliphenol yang tinggi, boleh melambatkan proses pencernaan karbohidrat.

2. Serat

Epal sangat kaya dengan serat. Satu sajian buah epal mengandungi sebanyak 4 gram serat, sekitar 17% daripada jumlah yang disarankan.
Sebahagian serat yang terdapat di dalam buah epal adalah boleh tidak boleh larut dan boleh larut yang dikenali sebagai pektin.
Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang dan secara tidak langsung membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Pada masa yang sama menurunkan kadar gula dalam darah dan membantu sistem pencernaan.

3. Vitamin dan Mineral

Selain daripada itu, buah epal juga mempunyai vitamin dan mineral, tetapi tidaklah banyak. Namun, boleh dijadikan sebagai sumber vitamin C yang baik.
Juga dikenali sebagai asid askobik, vitamin c adalah satu antioksida yang biasa dijumpai dalam buah-buahan. Ia merupakan satu nutrisi yang memainkan peranan dalam sistem badan.
Selain daripada itu, epal juga mengandungi kadar potasium yang sangat baik. Ia memainkan peranan dalam menjamin kesihatan jantung.

Khasiat Epal Kepada Kesihatan

Pernah dengar pepatah “An apple a day keeps the doctors away”? – antara sebab kenapa pepatah ini menggunakan buah epal adalah sebab ianya memang mengandungi banyak khasiat dan manfaat kepada badan. Antaranya adalah:

1. Mengawal Gula Dalam Darah dan Penyakit Kencing Manis

Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa makan buah epal boleh mengurangkan gula dalam darah dan melindungi daripada mendapat penyakit kencing manis.
Perkara ini tidak dinafikan kerana epal mengandung banyak serat, yang boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.
Sesetengah antioksida yang terdapat di dalam epal boleh melambatkan proses pencernaan gula, agar ia diserap dengan lebih lambat.
Dalam satu kajian ke atas 38,018 wanita, mendapati bahawa dengan makan 1 epal atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat kencing manis tahap 2 sebanyak 28%.

2. Kolestrol Darah dan Masalah Jantung

Beberapa kajian telah mengkaji kesan epal ke atas risiko mendapat masalah jantung.
Satu kajian, yang dilakukan pada hamster, mendapati bahawa epal boleh Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang dan membawa kepada penurunan perbentukan plak di dalam arteri.
Sekiranya uji kaji ini dijalankan pada manusia, kita boleh lihat kesannya pada penurunan kesan masalah jantung (sakit jantung dan strok).
Dalam satu kajian di Finland menunjukkan bahawa risiko kepada masalah jantung boleh diturunkan sebanyak 43% bagi wanita dan 19% bagi lelaki, yang mengambil 54 gram epal setiap hari.

3. Kanser

Beberapa kajian di makmal menunjukkan bahawa buah epal mempunyai sifat anti-kanser yang berkesan.
Terdapat kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan bahawa phytonutrients di dalam buah epal boleh melawan kanser, terutama kanser paru-paru dan usus.
Kajian lain mendapati bahawa epal boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 20% dan kanser payu dara sebanyak 18%.

4. Menurunkan Berat

Buah epal boleh mengurangkan berat badan, sekiranya diamalkan.
Hal ini kerana buah epal tinggi dalam serat dan rendah dalam energy density.
Kedua-dua sifat ini telah terbukti boleh mengurangkan pengambilan kalori dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang lama.
Di dalam satu kajian ke atas wanita, mereka diarahkan untuk makan 300g epal setiap hari, dan puratanya mereka mengalami penurunan sebanyak 1.3Kg dalam tempoh 12 minggu.
Oleh itu, sekiranya anda ingin mula berdietatau mengurangkan berat badan, masukkan epal ke dalam diet harian anda.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 26, 2016
Tu doktor slalu cakap 'an apple a day, keep the doctor away' :)