Ketahui Kenapa Orang Lebih Menikmati Muzik Sedih

Foto: Dailymail

Muzik hadir dalam setiap kehidupan ramai orang. Malah, setiap orang pasti mempunyai senarai main lagu di dalam fikirannya yang boleh membawa kenangan-kenangan tertentu.
Muzik juga boleh digunakan di pelbagai aktiviti baik untuk berolahrga, menari, pendamping ketika bekerja di pejabat dan sebagainya. Muzik juga boleh mempengaruhi kesan suasana hati seseorang.
Penyelidikan dari United Kingdom and Finland mendedahkan lagu sedih lebih dapat mempengaruhi suasana hati manusia dan lebih mampu membangkitkan kenangan berkaitan pengalaman mereka.
Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Tuomas Eerola dari Durahm University menggali lebih bagaimana beberapa orang membenci dan mengelakkan lagu sedih sementara yang lain larut dalam emosi dan kenangan.
“Dalam kajian kami, kami mengkaji spektrum mengenai pengalaman seseorang apabila mendengar muzik sedih dan mencari sebab kenapa orang mendengar muzik tersebut, serta menghindarinya,” ujar Tuomas.
Penyelidikan tersebut menunjukkan majoriti orang yang mendengar lagu sedih kerana mereka menikmati muzik atau terhibur kerana lagu yang dimainkan membawa kenangan mereka kembali. Terdapat 2436 peserta yang rasa sakit semasa mendengar muzik sedih tersebut. Biasanya muzik mendatangkan kenangan peribadi yang mendalam berkaitan perceraian atau kematian orang yang dicintainya.
Para penyelidik menyebutkan bahawa mendengar muzik sedih menjadikan pengalaman yang “kesedihan, menyenangkan”, dan tercatat bahawa pengalaman tidak akan berubah seiring bertambahnya usia.
Eerola berkata penyelidikan ini menunjukkan sifat fungsi dari pengalaman tersebut. Hal abstrak sebagai reaksi emosi muzik berkaitan dengan struktur otak dan sistem saraf.
“Keputusan ini dapat membantu kita untuk menentukan cara seseorang mengatur suasana hati mereka dengan bantuan muzik, serta bagaimana terapi muzik boleh menjadi bahagian pemulihan kerana keselesaan, sokongan, serta kenikmatan yang dirasakan pendengar,” ringkas Eerola.
Sumber: Medicaldaily

0 comment... add one now