Ketahui 6 tanda ini tunjukkan anda dah ketagih WhatsApp


Rasanya semua peringkat umur tahu apa tu WhatsApp. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia merupakan pengguna WhatsApp. Tapi, apa yang tak bestnya, ketagihan dengan WhatsApp semakin menjadi-jadi!
Rasanya manusia sekarang mempunyai hubungan lebih baik dengan telefon mereka berbanding dengan orang sekeliling. Ketahui 6 tanda ini sama ada anda ni addicted dengan WhatsApp atau tidak!

Bunyi Whatsapp

Salah satu tanda paling jelas sama ada anda ketagih atau tidak, setiap kali bunyi je WhatsApp, anda terus periksa telefon anda. Memang tak boleh tunggu langsung.

Setiap masa Whatsapp je

Apabila WhatsApp adalah perkara pertama yang anda lihat tiap kali bangun tidur dan perkara terakhir sebelum tidur. Bukan ke ketagih namanya?

Lihat gambar profil orang lain

Jangan terkejut. Bagi mereka yang dah ketagih, walaupun tiada mesej masuk, mereka akan tetap melihat WhatsApp. Mereka akan melihat gambar profil orang lain dan senarai kenalan.

Teruja dengan perubahan baru

Ingat tak masa WhatsApp lakukan perubahan “double tick” biru? Jika anda teruja, itu tandanya anda ketagih pada aplikasi tersebut.

Add mereka yang tiada WhatsApp

Sebaik sahaja anda mengetahui ada seseorang dalam senarai kenalan tiada WhatsApp, anda terus add mereka. Bagi anda, susah untuk mempercayai bahawa ada lagi orang yang boleh hidup tanpa Whatsapp.

Tidak suka menunggu

Bila anda dah ketagih, anda tidak boleh menunggu orang tersebut membalas mesej dengan lambat. Ini kerana anda boleh tahu sama ada mereka sudah membaca mesej yang anda hantar atau tidak.

0 comment... add one now