Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah. Negara Malaysia sememangnya menjadi tempat tumpuan pelancong terutama dari negara Asia Barat dan Eropah. Berbagai-bagai tempat menarik yang boleh dilawati di negara kita yang tercinta ini sama ada untuk meninjau keindahan alam semulajadi ataupun berkunjung ke tempat-tempat bersejarah yang masih berdiri utuh di beberapa buah negeri di semenanjung. Oleh hal yang demikian, langkah kerajaan dalam memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat dan juga negara.

Bangunan Stadhuys


Manfaat paling utama dalam memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ialah dapat menarik lebih ramai pelancong untuk melancong ke negara kita. Bangunan-bangunan bersejarah yang dipelihara dengan baik dengan membaik pulih struktur-struktur yang rosak mampu mengekalkan keaslian bangunan berkenaan. Pelancong yang datang pastinya tertarik akan keaslian binaan yang terdapat pada bangunan berkenaan. Lihat sahaja Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah dibina pada tahun 1893 masih lagi berdiri kukuh menjadi tumpuan utama pelancong di Kuala Lumpur.

Selain dapat menarik pelancong, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga dapat mengekalkan keaslian seni bina sesuatu bangunan. Sebagai contohnya, Masjid Ubudiah yang terletak di Kuala Kangsar yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917 masih kekal bentuknya seperti asal. Masjid berbentuk oktagon ini dipulihara dengan mengekalkan keaslian seni binanya supaya tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Menurut sejarah pembinaanya, batu marmar yang digunakan sebagai bahan binannya telah diimport dari Itali.

Di samping itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini juga dapat menjadi sumber maklumat sejarah kepada para pelajar mahupun para pengkaji sejarah. Tidak kenal maka tidak cinta, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan perasaan kita terhadap sesuatu sumber sejarah. Degan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Kota A'Famosa boleh menimbulkan minat terhadap pelajaran sejarah. Monumen berkenaaan juga mampu menjadi sumber maklumat kepada para pengkaji sejarah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih khusus lagi terutamanya tentang kedatagan Portugis ke Melaka.

Kota A Famosa


Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat menonjolkan identiti sesuatu masyarakat. Biasanya, untuk mempersembahkan jati diri dan keunikan sesuatu kaum akan ditonjolkan melalui seni bina. Tamsilnya, Istana Menanti di Negeri Sembilan begitu jelas mempamerkan jati diri masyarakatnya yang dikatakan berasal daripada bangsa Minang. Lihatlah, bentuk bumbungnya yang mempunyai pengaruh Minangkabau. Tidak ketinggalan, Candi Lembah Bujang di Kedah juga memperlihatkan betapa penduduk zaman itu mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama anutannya, iaitu agama Hindu.

Sebagai kesimpulan, ada banyak manfaat yang dapat diperoleh dengan memulihara dan memelihara bangunan bersejarah di negara kita. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan, swasta mahupun individu haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mempromosikan lagi nama Malaysia ke persada dunia. Bangunan-bangunan bersejarah yang dijaga dengan baik tidak mustahil dapat menarik lebih banyak pengunjung untuk datang ke Malaysia seterusnya menjana pendapatan dalam kalangan masyarakat setempat dan seterusnya meningkat


Baca juga: Contoh rumusan bangunan bersejarah PT3 2016

0 comment... add one now