Kelunakan Suara Pemuda Ini Muzammil Hasballah Baca Ayat al-Quran Turut Dipuji Imam Masjidil Haram!

mynewshub

BERSESUAIAN dengan suasana Ramadan, negara jiran kita Indonesia sedang heboh memperkatakan tentang seorang pemuda di sana yang memiliki suara amat merdu ketika mengaji al-Quran.

Kelunakan suara Muzammil Hasballah yang merupakan lulusan Fakulti Senibina Institut Teknologi Bandung (ITB) itu, dikatakan bersamaan dengan suara pendakwah dan pembaca surah al-Quran terkenal dunia, Sheikh Mishary Rashid Alafasy.
Nama Muzammil mula dikenali ramai selepas video dirinya menjadi imam solat Terawih di sebuah masjid, tersebar di YouTube.


Kisah Muzammil tambah hangat apabila seorang netizen mendakwa rakaman bacaan ayat al-Quran pemuda berkenaan turut mendapat pujian Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Adel Al Kabani selepas mendengarnya.
Kini anak kelahiran Acheh berusia 23 tahun itu meraih populariti mendadak sekelip mata dan menjadi ‘jejaka idaman muslimah’ di negara jiran.
Apatah lagi, Muzammil sering tampil berpakaian ‘sempoi’ seperti anak muda lain yang menurut katanya, ia juga salah satu cara dakwah bagi mengajak generasi seusia ke masjid.
pemuda acheh mengaji merdumynewshub
Apa pun memang merdu sungguh suaranya.. sahih penuh Masjid Salman ITB dan Masjid Al Lathiif Bandung di mana Muzammil jadi imam solat Terawih pada tahun ini kan? 



0 comment... add one now