Kelebihan buah kurma sesuai dimakan waktu sahur dan berbuka

Kurma

KURMA merupakan sejenis buah yang tidak asing dan cukup sinonim dengan masyarakat Islam di seluruh dunia. Amalan memakan buah kurma merupakan suatu sunah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Buah kurma mendapat permintaan tinggi terutama apabila tiba bulan Ramadan.
Keistimewaan kurma ialah buah ini mengandungi banyak khasiat, lebih-lebih lagi untuk badan yang keletihan selepas seharian berpuasa.
Kurma juga mengandungi gula yang mudah diserap oleh badan. Kandungan serat yang tinggi melambatkan rasa lapar ketika berpuasa dan membantu mengaktifkan fungsi usus terutama dalam proses penyingkiran toksin di dalam badan.
Kelebihan ini menjadikan buah kurma sesuai dimakan pada waktu bersahur atau berbuka puasa.
Menurut USDA National Nutrien, buah kurma berkeupayaan untuk membantu mengurangkan kadar kolesterol, mencegah obesiti dan penyakit jantung. Dalam isu keluaran November 2008 bertajuk “Ulasan Sains Makanan dan Pemakanan”, dilaporkan bahawa serat buah kurma dapat mengikat lemak kolesterol dan membawanya keluar dari badan.
Menurut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh, dan membantu tumbesaran kanak-kanak.
Kurma juga membantu melancarkan aliran darah dan menghindari daripada penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan amalan memakan daun moringa dan buah kurma dapat memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh manusia.

0 comment... add one now