Keadaan Kulit Yang Tragis Jadikan Budak Lelaki Ni Seperti Patung Batu



Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itu yang boleh dikatakan selepas tengok keadaan kulit budak lelaki berusia 11 tahun ni. Satu keadaan yang sangat jarang terjadi. 

Ramesh Darji menderita satu penyakit Ichthyosis yang menyebabkan kulit keras menyelaputi seluruh tubuhnya. Walaupun ibu bapanya berusaha merata-rata tempat untuk mengubati penyakitnya, namun semuanya memerlukan kos yang terlalu tinggi dan mereka tak mampu untuk menampungnya. 

Ramesh tak ada seorang pun kawan sebab semua tak berani mendekatinya disebabkan keadaan kulitnya yang mengerikan.
 

"Kami tak ada duit wang cukup jadi tak ada pilihan kami terpaksa jaga Ramesh di rumah saja," kata ibunya. 

Bagaimanapun, nasib Ramesh berubah selepas videonya menjadi viral di social media di Nepal dan menarik perhatian penyanyi Nepal, Sanjay Shrestha yang kemudiannya menerima email dari penyanyi Joss Stone yang pernah popular dengan lagu You Had Me suatu ketika dulu untuk membiayai sepenuhnya kos perubatan Ramesh. 

0 comment... add one now