Kajian Neurosains Dedah Bagaimana Puasa Beri Kesan Kepada Otak



Mark Mattson merupakan Chief of the Laboratory of Neuroscience di National Institute on Aging. Beliau juga adalah seorang professor neurosains di The Johns Hopkins University, serta merupakan salah seorang daripada penyelidik utama di bahagian mekanisma molekul dan sel  di bawah neurodegenerative disorder seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer.
Mark dan pasukan penyelidik beliau telah menerbitkan beberapa kertas kajian yang membincangkan bagaimana puasa 2 kali seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit Parkinson’s dan Alzheimer.
Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan kawalan terhadap pengambilan kalori memberi kesan ke atas badan dari segi jangka hayat serta kebolehupayaan melawan penyakit kronik meningkat.
Apa yang menarik adalah puasa dan kawalan ke atas kalori menunjukkan peningkatan sel stem baru, memperbaiki DNA, meningkatkan jangka hayat dan memperlahankan penyakit berkaitan usia.
Dan yang lebih mengujakan ia menunjukkan keberkesanan terhadap rawatan kanser bersama ubat-ubatan kemoterapi.
kebaikan-berpuasa-dari-kajian-neurosains-1
Dalam TEDx talk yang diberikan oleh Mark, beliau memberikan penjelasan lanjut tentang impak puasa kepada otak. Berikut merupakan sebahagian daripada intipati dan hasil penemuan daripada kajian ini:
1. Perubahan diet telah diketahui sejak sekian lama mampu memberi kesan kepada otak. Kawalan dan pengurangan kalori atau berpuasa mampu mengurangkan serangan epilepsi ke atas kanak-kanak yang menderita penyakit ini.
2. Dipercayai puasa dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dalam melawan signal yang terbentuk oleh epileptik di bahagian otak. Sesetengah kanak-kanak yang mengidap epilepsi juga mendapat kebaikan daripada  diet berlemak tinggi dan karbohidrat rendah – lapor Mattson dan pengkaji lain di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience(sumber).
3. Secara asasnya bila dilihat kepada kajian pengawalan kalori, kebanyakkannya menunjukkan jangka hayat yang lebih lama serta peningkatan ke atas keupayaan melawan penyakit.
5. Kawalan kalori berjaya memanjangkan jangka hayat dan menghalang pertumbuhan penyakit kronik berkaitan umur dalam berbagai spesis haiwan antaranya tikus, ikan, serangga dan cacing. Meskipun begitu mekanisma yang muncul masih tidak jelas.
6. Puasa memberi kesan yang baik kepada otak dan ini dibuktikan melalui perubahan neurokimia yang berlaku kepada otak sewaktu kita berpuasa. Ia juga membantu fungsi kognitif, meningkatkan faktor neurotropik, meningkatkan daya tahan terhadap tekanan dan mengurangkan inflamasi.
7. Berpuasa memberi cabaran kepada otak. Dan otak kita memberi tindakbalas terhadap cabaran tersebut dengan cara mengadaptasi tindakbalas terhadap tekanan (stress) dan seterusnya membantu otak menangani stress dan risiko penyakit.
8. Perubahan yang berlaku ke atas otak sewaktu berpuasa sama seperti perubahan yang berlaku sewaktu melakukan senaman. Kedua-duanya meningkatkan pengeluaran protein di dalam otak (faktor neurotrophic), yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan neuron, juga hubungan antara neuron dan kekuatansynapses.
9. Puasa dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf baru daripada sel stem dihippocampus. Puasa juga boleh menggalakan pertumbuhan ketone dan jumlah mitochondria di dalam neuron.
10. Berpuasa turut meningkatkan jumlah mitochondria di dalam sel-sel saraf. Ini disebabkan oleh neuron beradaptasi kepada tekanan berpuasa dengan cara mengeluarkan lebih banyak mitocondria.
kebaikan-berpuasa-dari-kajian-neurosains-2
11. Dengan menambah jumlah mitochondria di neuron, kupayaan neuron untuk membina dan mengekalkan hubungan antara satu sama lain meningkat, seterusnya memperbaiki keupayaan belajar dan mengingat.
12. Puasa meningkatkan keupayaan sel-sel saraf memperbaiki DNA. Para pengkaji turut mengaitkan aspek teori evolusi bagaimana datuk nenek kita dahulu mampu beradaptasi dengan situasi tanpa makanan mencukupi dalam tempoh yang lama.
13. Kajian yang disiarkan pada 5 Jun di dalam jurnal Cell Stem Cell oleh para pengkaji daripada University of Southern California menunjukkan kitaran berpuasa dalam tempoh yang lama mampu melindungi kerosakan sistem imuniti badan serta mendorong penghasilan semula sistem imunisasi.
14. Mereka menyimpulkan bahawa berpuasa mampu mengubah sel stem daripada tidak aktif kepada pembaharuan sendiri sel stem (state of self-renewal). Ia mencetuskan pertumbuhan semula sel baru berasaskan sel organ atau sistem stem (sumber).
15. Ujian klinikal ke atas pesakit yang menerima kemoterapi di mana pesakit tidak dibenarkan makan pada satu tempoh yang lama menunjukkan perubahan yang ketara ke atas bilangan sel darah putih.
16. Ini bermakna puasa mampu membunuh dan menghapuskan sel imunisasi yang telah lama dan rosak. Dan apabila badan mula bertindakbalas untuk menghasilkan sel stem yang baru, ia adalah sel-sel yang sihat.
17. Bila anda lapar, sistem badan akan cuba menjimatkan penggunaan tenaga. Salah satu daripada cara untuk menjimatkan tenaga adalah dengan mengguna semula (recycle) sebanyaknya sistem imuniti yang tidak diperlukan terutama sel-sel yang telah rosak.
18. Para pengkaji mula mengesan perkara ini daripada hasil kajian ke atas manusia dan haiwan di mana kadar sel darah putih berkurangan melalui puasa. Dan bila anda makan, sel darah yang baru akan kembali dihasilkan (sumber).
19. Satu reviu saintifik tentang kajian multi saintifik (multiple scientific studies) berkenaan puasa telah disiarkan di The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2007. Ia menganalisa kajian ke atas manusia dan haiwan, dan diputuskan bahawa puasa adalah cara berkesan untuk menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. Ia juga menunjukkan potensi yang signifikan dalam merawat diabetes (sumber).
Di bawah adalah perkongsian Mark di TEDx talk tentang puasa dan potensi  serta kesannya ke atas otak.

0 comment... add one now