Kajian Mendapati Diet Rendah Lemak Kurang Efektif Untuk Turun Berat Badan

diet_berat_badan
Anda mahu kurus? Ramai mungkin menasihati anda supaya mengamalkan diet rendah lemak — kurangkan pengambilan lemak dalam pemakanan harian anda. Berdasarkan satu kajian terbaru, diet rendah lemak adalah tidak efektif untuk menurunkan berat badan anda terutamanya jika dibandingkan dengan jenis diet yang lain.
Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Brigham and Women’s Hospital dan Harvard Medical Schoolini, sebanyak 53 jenis ujian terkawal telah dijalankan secara rawak ke atas lebih dari 68,000 orang. Hasil kajian menunjukkan diet rendah karbohidrat adalah lebih berkesan dalam pengurangan berat badan berbanding dengan diet rendah lemak. Bukan sahaja itu, diet rendah karbohidrat juga didapati lebih efektif dalam mengawal kadar glukosa (gula) dalam darah berbanding diet rendah lemak.
Dalam mana-mana satu jenis kajian yang dijalankan itu, ada yang sangat berjaya mengurangkan berat badan dan ada yang tidak langung ada perubahan. Tetapi, pada purata kesuluruhannya pengurangan berat badan adalah kecil. “(Kajian ini) Bukannya (bermakna) diet rendah lemak adalah tidak baik, tapi ianya tidaklah lebih efektif dari (jenis diet) yang lain,” kata Dr Kevin D. Hall dari Institut Diabetes, Pencernaan dan Penyakit Buah Pinggang Nasional di Maryland, Amerika Syarikat yang menulis rencana mengenai keputusan kajian ini.
Jadi, bagi anda yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan anda, mungkin anda tidak perlu risau tentang lemak dalam pemakanan anda. Cuma mungkin lebih peka dalam karbohidrat dalam pemakanan anda.

0 comment... add one now