Kajian Dapati Perokok Lebih Sukar Dapat Pekerjaan Dari Yang Tidak Merokok!

Lepas ni ramai perokok yang sedang menganggur akan berhenti merokok, atau mungkin tidak. Bukan senang nak berhenti merokok!
Tapi, tahukah anda kajian mendapati, mereka yang merokok lebih sukar untuk mendapat pekerjaan berbanding mereka yang tidak merokok?
Kajian yang dilakukan di San Franciscomenunjukkan, dari kalangan individu yang menganggur di wilayang itu, hanya 30 peratus sahaja yang mampu dapat pekerjaan dalam masa setahun.
large
Menariknya, jumlah 30 peratus itu terdiri daripada calon yang tidak merokok sama sekali.
Seorang penyelidik dari Stanford Prevention Research Centre di California, Judith Parochaska berkata, “Bahaya kesihatan dari merokok telah diketahui sejak 50 tahun lalu. Kajian juga membuktikan merokok juga menghalang seseorang itu untuk terus sukses dalam pekerjaan.”
Bukan itu sahaja, perokok juga kurang memberi keutamaan dalam produktiviti hidup dan juga dalam pekerjaan kerana ketagihan merokok.
Lihat sahaja di Malaysia, pekerja yang merokok akan kerap keluar untuk hilangkan rasa ketagih dan produktiviti kerja boleh terganggu.

Kredit - hanasuva 

0 comment... add one now