Kajian Dapati Betul Ke Beg Tangan Wanita Lagi Kotor Dari Tandas?

Beg Tangan Wanita Lebih Kotor Dari Tandas?

Keputusan kajian yang dijalankan University of Colorado Boulder itu juga mendapati lebih 4,700 bakteria hidup ada pada tangan wanita, maka bayangkan berapa banyak pula bakteria yang berada di beg tangan mereka?
Sesetengah wanita sememangnya sering menjadikan beg tangan sebagai ‘poket ajaib’ dan ada juga yang menjadikannya ‘tong sampah’ – tisu muka, alat solek, sapu tangan, ubat dan segala macam diletakkan di dalamnya.
cluttered-purse-e1460040203903
Kajian yang dilakukan Initial Washroom Hygiene pula mendapati, objek paling kotor yang sering disimpan wanita dalam beg tangan ialah botol krim. Ini kerana botol krim selalu digunakan oleh wanita dan kerap dipegang lebih-lebih lagi jika ia merupakan krim pelembab kulit.
Lagi satu, perasan tak beg tangan wanita biasa diletakkan di merata tempat? Di atas lantai, di celahan kerusi, atas meja makan dan banyak lagi.. janji ada ruang, di situ diletakkan beg tangan.
Jadi,  ada kemungkinan juga keputusan kajian di atas tidak dapat disanggah bukan? 

0 comment... add one now