Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia Dan Singapura

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2016M/1437H. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
Kadar zakat fitrah negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Malaysia Singapura Singapore 2016


Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Seluruh Malaysia

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap negeri bagi tahun 2016M/1437H dan kadar tahun lepas (untuk perbandingan). Kadar zakat fitrah tahun 2016 akan dikemaskini sebaik sahaja ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri.
NegeriKadar Zakat Fitrah
20152016
KelantanRM7.00RM7.00
TerengganuRM4.60, RM6.80 & RM7.40*RM7.00
PahangRM7.00RM7.00
PerlisRM6.50RM7.00
KedahRM7.00RM7.00
Pulau PinangRM7.00RM7.00
PerakRM7.00RM7.00
SelangorRM7.00RM7.00
Negeri SembilanRM6.50RM6.50
MelakaRM6.70RM6.70
JohorRM5.00 & RM8.00*RM6.00 / RM8.00*
SarawakRM7.00RM7.00
SabahRM7.00RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and LabuanRM7.00RM7.00
*Kadar berbeza mengikut gred beras yang dimakan pembayar zakat.
Kadar zakat fitrah 2016M 1437H
Klik gambar untuk paparan besar dan jelas


Kadar Zakat Fitrah 2016 Bagi Singapura

Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.
Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 2016 akan dikemaskini bila ia diumumkan oleh MUIS.
Bagi tahun 2015, kadar zakat fitrah di Singapura ialah $4.90 (kadar biasa) dan $6.90 (kadar tinggi).
Semoga info kadar zakat negeri-negeri Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.

0 comment... add one now