Jom Ulangkaji Ilmu Tentang Puasa Ramadan

ulangkajibabpuasa
Sebelum bulan Ramadhan datang menjenguk kita dengan keberkatan yang dibawanya, adalah baik kita sama-sama mengulangkaji kembali bab puasa ini. Manalah tahu ada yang tercicir atau lupa mahupun yang tidak tahu, maka sama-samalah kita berkongsi agar puasa kita menjadi sempurna kerana Allah Ta’ala.

Berniat di malam hari :
“Sahaja aku berpuasa, pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”

Rukun-Rukun Puasa
1. Berniat. Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat-syarat wajib puasa
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat-syarat  sah puasa
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Perkara yang membatalkan puasa 
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila walaupun sekejap
6. Murtad
7. Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
8. Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari

Perkara sunat ketika puasa
1. Segera berbuka puasa
2. Baca doa berbuka puasa
3. Berbuka dengan kurma / juadah manis
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu Subuh

Makruh ketika puasa
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di hujung lidah

Golongan yang wajib qada’ puasa
1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk
7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka yang dikenakan membayar fidyah puasa 
1. Mereka yang melambatkan ganti puasanya sehingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
2. Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang ada qada’ puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada’ puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbang akan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada’ puasanya

Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kifarat bersetubuh di bulan Ramadhan
Orang yang bersetubuh pada siang hari pada bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada’ puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (sekiranya tidak mampu)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Tingkatan Puasa
1. Puasa Umum – Sekadar menahan makan, minum dan keinginan bersetubuh
2. Puasa Khusus – Memelihara pancaindera daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus – Merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin.

Mereka yang dibenarkan meninggalkan puasa
1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan lagi keuzurannya
2. Orang yang bermusafir
3. Orang yang terlalu tua dana mat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yang disusui Itu
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat. Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita. Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja’riah..

Insyallah..

0 comment... add one now