JDT Atasi Kelab Southampton & AC Milan Dalam Ranking Kelab Terbaik Dunia IFFHS


Pasukan bola sepak Harimau Selatan, Johor Darul Takzim(JDT) elah
membuat kejutan apabila pasukan berkenaan telah tersenarai dalam
kelompok 200 kelab terbaik dunia yang dikeluarkan oleh Statistik dan
Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).
JDT menduduki tangga ke 152 mengatasi pasukan ternama bola sepak
Eropah seperti kelab Southampton Dan AC Milan yang berkongsi kedudukan
153 bersama pasukan Deportes Tolim dari Colombia.
Pada kedudukan tangga 152 itu, JDT merupakan kelab ke 11 terbaik di
Asia selepas diatasi oleh Buriram United FC dari Thailad yang berada
pada kedudukan 137 dunia.
Kedudukan terbaru yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan prestasi
pasukan dalam liga domestik dan antarabangsa pada 2015 dan awal tahun
ini.
Berdasarkan prestasi semasa pasukan JDT, kedudukan berkenaan
kemungkinan akan berubah ke tangga lebih baik dengan JDT kini berada
dalam kedudukan selesa dalam piala AFC dan liga Super.
Berikut adalah senarai 10 pasukan terbaik.
TOP 10 DUNIA
1 FC Barcelona (Sepanyol)
2 Juventus FC, (Itali)
3 SSC Napoli (Itali)
4 FC Bayern München (Jerman)
5 Paris Saint-Germain FC (Perancis)
6 Real Madrid CF (Sepanyol)
7 Independiente Santa Fe CD(Colombia)
8 ACF Fiorentina(Itali)
9 CA River Plate(Argentina)
10 VfL Wolfsburg(Jerman)
TOP 10 ASIA
48 Al-Ahli, Jeddah (Arab Saudi)
60 Al-Hilal S FC, (Arab Saudi)
73 Guangzhou Evergrande FC (China)
81 FC Seoul (Korea Selatan)
99 Jeonbuk Hyundai Motors FC (Korea Selatan)
102 Gamba Osaka (Jepun)
110 Al Ahli FC Dubai(UAE)
121 Suwon Samsung Bluewings FC (Korea Selatan)
128 Seongnam Ilhwa Chunma (Korea Selatan)
137 Buriram United FC (Thailand)
TOP 10 AFRIKA
36 Étoile Sportive du Sahel (Tunisia)
86 Zamalek SC, al-Qāhirah (Mesir)
90 USM Alger (Algeria)
98 Al-Ahly SC, al-Qāhirah (Mesir)
109 Al-Merreikh Omdurman (Sudan)
115 Al-Hilal Omdurman (Sudan)
116 Espérance Sportive Tunis (Tunisia)
117 TP Mazembe, Lubumbashi (Congo)
145 CS Sfaxien (Tunisia)
149 Orlando Pirates FC (Afrika Selatan)
Pada 2008, sebuah lagi pasukan bola sepak dari Malaysia iaitu Kedah,
(KFA) pernah tersenarai dalam kelab terbaik dunia yang dikeluarkan
oleh IFFHS di mana pasukan dari utara tanah air itu berada di
kedudukan 145 dunia.

0 comment... add one now