Jantina Kini Boleh Dikenali Melalui Kesan Cap Jari

cap-jari
Anda pasti tahu bahawa membanding kesap cap jari adalah antara cara yang digunakan oleh pihak penyiasat seperti polis untuk mengenal pasti penjenayah di dalam sesuatu kes yang disiasat. Pihak polis perlu membandingkan cap jari itu dengan rekod cap jari yang mereka ada ataupun cap jari bagi suspek utama yang telah ditangkap untuk mengenal pasti penjenayah yang sebenar. Akan datang, jika mereka tidak dapat jumpa cap jari yang serupa, mereka boleh mengetahui jantina cap jari itu untuk membantu siasatan mereka.
Setiap kesan cap jari meninggalkan sisa peluh yang mengandungi asid amino. Dengan mengkaji tahap asid amino yang terdapat di dalam sisa peluh sesuatu kesan cap jari itu, pihak penyiasat boleh mengenal pasti jantina empunya cap jari itu. Ini kerana tahap asid amino di dalam peluh perempuan adalah sekitar dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahap asid amino lelaki.
Teknik ini walau bagaimanapun hanya baru diuji ke atas bilangan sampel yang kecil dan bilangan sampel yang lebih besar diperlukan untuk memastikan ketepatan hasil teknik ini. “Kami ingin menghasilkan satu kit yang sangat mudah di mana ia boleh mengenal pasti pada masa itu juga sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan dan keturunan (bangsa) mereka,” kata Jan Halamek, seorang saintis forensik dari Universiti Negeri New York di Amerika Syarikat yang menjalankan kajian itu.

0 comment... add one now