Jam Tangan Jenama Buruj Panduan Arah Kiblat Dan Azan


JAM tangan kini bukan sekadar pelengkap gaya, malah mempunyai fungsi pelbagai apabila ditambah aplikasi dengan kemudahan tertentu termasuk yang membantu Muslim terutama dalam memudahkan mereka melakukan ibadah.
Jam tangan jenama Buruj umpamanya menyediakan maklumat waktu solat di seluruh dunia, kompas kiblat automatik bagi merujuk arah kiblat dengan tepat serta aplikasi tasbih digital.
buruj-adam
Gabungan tiga dalam satu itu pastinya menarik minat khususnya golongan muda yang gilakan gajet.
Andai ada menghadapi masalah dalam pengurusan masa, jam ini boleh menyelamatkan daripada terlepas waktu melaksanakan ibadah wajib.
BURUJ 27 05 2016-2465-700x700
Pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini, pastinya memilik jam pelbagai fungsi ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.
Sumber: Buruj

0 comment... add one now