Isu Marym Lee Tarik Perhatian Pelakon Ida Nerina Untuk Tampil Kebenaran!

DUj04
Baru-baru ini kecoh di sosial media tentang isu seorang wanita yang menggunakan nama sebagai Marym Lee di akaun Facebook nya yang seperti hendak memperjuangkan hak wanita yang sedang uzur untuk makan ditempat awam.
Melalui status nya, dia seolah-olah mendakwa kononnya emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadan.
ida 3
Status itu berjaya mencetuskan kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dilemparkan. Netizen menganggap ia sebagai sesuatu yang mengarut dan bertentangan dengan ajaran Islam. Walaupun tidak boleh berpuasa tetapi Marym Lee perlu menjaga imej wanita Islam.
Isu Marym Lee ini juga mendapat perhatian pelakon Ida Nerina di mana beliau akui tidak kisah kalau ada individu lain makan dihadapan beliau tetapi ia tak bermakna beliau menyokong perbuatan tersebut. Buat Ida ia adalah satu perkara yang memalukan.
Ida sempat kongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh  pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?
ida 2
Ida turut menasihati Marym Lee untuk memperjuangkan benda lain yang lebih bermanfaat.
Hmmmph, kadang-kadang orang kita ni suka sangat memperjuangkan sesuatu yang sudah tentu tidak masuk akal. Mahu menegakkan sesuatu yang tidak mempunyai faedahnya.
Tiada siapa larang Marym Lee untuk makan kalau tidak berpuasa, tapi kena menghormati orang di sekeliling anda. Jangan jatuhkan maruah wanita Islam.
Sumber : beautifulnara

3 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli Jun 29, 2016
memang la tak salah makan kalau uzur tapi jaga la sekililing. tak kan tu pn xpndai. alaa budak nii
Tanpa NamaTanpa Nama Jun 30, 2016
Saya macam Ida nerina juga. Saya perempuan muslim urban yg tidak berhijab, tetapi bukan bererti saya setuju dgn orang perempuan islam tak puasa dan makan depan khalayak ramai. Lebih2 lagi yang pakai tudung tu...fikirlah sendiri tudung itu dipakai sesuai dengan sikap yg sepatutnya bila anda bertudung. Ini bertudung tapi: pegang anjing tak berlapik,tayang togok Carlsberg,kepala tutup tapi badan bogel/ pakai skirt pendek...hahaha...Maryam lee pulak wayar putus: muka Jawa letak nama Lee perasan cina dan lepas tu bangga sungguh beritahu satu cyber alam dia tak puasa makan depan orang...Pas ni Maryam buat apa pulak? Jadi Lesbian berhijab bercium di public?