iPhone Dalam Air? Kasing tahan lasak LifeProof ternyata hebat fungsinya!


LITEPROOF mempelopori industri kasing tahan lasak untuk iPhone sejak tahun 2012 apabila ia mengeluarkan produk untuk kegunaan iPhone 4.
Sejak itu, jika anda menggunakan kasing terbabit, tidak perlu risau sekiranya iPhone terjatuh dalam sup ayam ketika anda leka bermain telefon pada waktu makan malam atau terjatuh dalam lubang tandas.
Keluarkan saja dan basuh seperti biasa dengan air, itulah kelebihan sekiranya menggunakan kasing kalis air dan tahan lasak LifeProof.
ipon
lpfr-apl-iph15-20-2
lpfr-apl-iph15-20-1
Kasing tahan lasak ini ternyata mengubah cara kita menggunakan iPhone yang bukannya kalis air atau mudah calar kalau tidak berhati-hati.
Ia turut boleh digunakan ketika anda sedang mandi dan ternyata ia tidak manggangu proses menaip teks meskipun dalam keadaan basah.
Cuma, skrin sesentuh mungkin akan kurang berfungsi sekirangnya jumlah air terlalu banyak.
Rekaan LifeProof juga boleh dikatakan cukup kemas selain ciri-ciri minimalis dan tidak menjadikan telefon anda terlalu ‘gemuk’.
Setiap butang iPhone juga boleh diakses mudah meskipun ditutup dengan kasing ini.
Harga buat seunit kasing ini dianggarkan berharga RM350 dan boleh didapati di laman sesawang mereka.
Sumber: LiteProof

0 comment... add one now