Inilah Masjid 'The Nurd Kamal' Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Di Bawah 50° Celsius

Masjid di dunia mempunyai ciri khas tersendiri, pernah pergi ke Masjid tersejuk di dunia? Masjid ini mempunyai suhu di bawah 50 darjah celcius.

Ya, itulah Masjid The Nurd Kamal. Masjid ini berada di Rusia tepatnya di Bandar Norlisk. Masjid ini dikenali bukan kerana kemegahan bangunannya ataupun bentuk kaligrafinya, namun dikenali kerana cuaca sejuk yang luar biasa.
Rasa sejuk di Masjid ini kian terasa dimana angin selalu bertiup dengan kencang, walaupun bunyi salji kian mewarnai atap dari Masjid tersebut. Suhu sejuk ini kian meningkat di kala datangnya musim sejuk.
Selain itu, mengenal nama Norlisk tentu sangat asing di telinga travellers. Di mana, bandar ini terletak paling utara di Rusia.
Selain itu, kawasan ini termasuk dalam kawasan Krasnoyarsk Krai, di antara Sungai Yenisey dan Semenanjung Taymyr. Norilsk pun bukan bandar pelancongan.
Di Norlisk itu sendiri dianggarkan mempunyai rumah bagi sekira 50,000 orang beragama Islam. Jumlah ini hanya dibawah satu perempat daripada penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.
Sebahagian besar bandar ini dipenuhi warga Azerbaijan dan Republik Russia Dagestan yang bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan.
Seiringnya waktu, kian tahun penduduk di bandar ini semakin mengecil. Sebabnya, Norilsk sendiri mengehadkan akses bagi orang asing.
“Banyak orang yang mula meninggalkan Bandar Norlisk,” kata Sidikov, warga Uzbekistan yang lahir dan dibesarkan di Kyrgyzstan.
Norilsk yang baru diduduki penduduk sekitar tahun 1930-an sebenarnya adalah bandar lombong. Logam, menjadi hasil yang melimpah di sana. Tidak hairanlah, banyak kilang-kilang yang menjulang tinggi.
Masjid tersebut berada di lokasi di pinggir bandar yang menghadap Tasik Dolgoye. Dibina pada tahun 1998 oleh Mukhtad Bekmeyev yang berasal dari suku Tartar.
Masjid yang begitu indah dan terlihat rambang dari bangunan yang lain. Dindingnya berwarna hijau, dengan kubah yang bersalut warna emas.
Sekitarnya, menjulang menara berwarna sama dengan masjidnya yang terdiri daripada tiga tingkat.
Menurut Sidikov, Masjid ini baru dibuka tahun 1998 dan dibina oleh Mukhtad Bekmeyev seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km.
Penduduk di Norlisk yang semakin menurun sekira 5,000 orang setiap tahun seakan tak membuat Sidikov patah hati untuk tetap mengabadikan dirinya menjaga Masjid tersebut.
Malah, dirinya tetap membuka tangan terbuka untuk mengajarkan sesiapa yang ingin belajar Al-Quran. Hingga kini, jumlahnya sudah 500 hingga 600 orang yang ingin belajar Islam.
Sumber: Reuters

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 21, 2016
Fuuuhhh, warna dia pun nampk sejukk