Ini Sebabnya Dilarang Menggunakan Minyak Wangi Dalam Kapal Terbang!


ADA beberapa perilaku yang dilarang ketika menaiki kapal terbang. Termasuk memakai minyak wangi. Apa sebabnya?
Expedia Airplane Etiquette Survey melakukan kajian mengenai perilaku paling menjengkelkan di dalam kapal terbang. Ternyata, salah satu di antaranya memakai minyak wangi terlalu banyak sehingga baunya sangat menyengat.
Hampir 61 peratus penumpang yang menjadi responden Expedia Airplane Etiquette Survey berkata, memakai terlalu banyak minyak wangi merupakan perilaku menjengkelkan. Namun, ada perilaku lain yang perlu diketahui.
Menjadi tukang gosip
Banyak yang mengatakan, berborak di pesawat tidak akan mengganggu penumpang lain. Namun, jika sampai membicarakan penumpang lain itu akan menjadi masalah. Jadi, seboleh mungkin elakkan perilaku ini jika tidak ingin dipulaukan.
Tukang rusuh
Penumpang yang terlalu banyak minum minuman beralkohol sebelum naik kapal terbang boleh menimbulkan masalah. Mereka biasanya akan bermasalah dengan tindakan tidak boleh terkawal. Tentu hal ini boleh mengganggu penumpang lain, malah boleh berurusan dengan pegawai-pegawai syarikat penerbangan.
Membawa makanan tertentu
Syarikat penerbangan tidak melarang penumpang membawa makanan sendiri. Namun, syarikat-syarikat melarang penumpang membawa makanan-makanan berbau menyengat kerana boleh mengganggu penumpang lain.
Sumber: Totaltravel

0 comment... add one now