Ini hukum 'mimpi basah' pertanyaan wanita jadi trending di media sosial


BIASANYA kaum lelaki yang baru memasuki fasa akil baligh sahaja yang akan mengalami ‘mimpi basah’ atau mimpi seksual yang mengakibatkan pengeluaran air mani secara tidak sengaja semasa tidur.
Namun, lain pula dalam ‘kes’ wanita ini, yang mengaku dirinya keliru sama ada mimpi seksual yang dialaminya itu adalah mimpi basah ataupun tidak.
Kini ‘trending’ di laman-laman sosial, ikuti pertanyaan gadis wanita bernama Shila ini mengenai hukum ‘mimpi basah’ beliau:
“Salam..saya wanita dan sudah berkahwin.
Satu malam saya mimpi berjimak..setelah sedar dan bangun dari tidur, saya lihat seluar dalam tiada bekas basah (air mani)…dan di faraj cuma ada ketulan bewarna putih kekuningan dan cirinya seperti keputihan yg biasa saya alami.
Perlu kah saya mandi wajib jika YAKIN tak keluar mani?
Apa hukum jika saya YAKIN yg air mani tak keluar, yg keluar cuma keputihan biasa.. – Shila, Selangor.”
Sebelum anda gelakkan pertanyaan wanita ini, perlulah diberitahu bahawa wanita juga secara biologinya mampu menghasilkan air mani, cuma proses pengeluarannya tidaklah sama seperti yang dialami kaum lelaki.
Ini kerana, air mani secara amnya boleh didefinisikan sebagai lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh.
Selain itu, air mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina kerana pengeluarannya tidak berlaku secara sengaja dan sekiranya beliau mahu, wanita itu boleh solat seperti biasa.

0 comment... add one now