Ini cerita sebenar Acappan nafi “Henti Sebar Berita Tak Benar Saya Belum Peluk Islam”

13445304_1500127580109707_8573668531998282471_n

HARI ini media sosial dikejutkan dengan berita bahawa pelawak Acappan sudah memeluk agama Islam.

Dianggap satu berita baik, perkara ini tersebar dengan segera apatah lagi terdapat bukti-bukti meyakinkan termasuk gambar-gambar dan kenyataan daripada individu terlibat.
Mynewshub tidak ketinggalan menyiarkan cerita ini.
Tidak cukup dengan kisah nama Syahrin ditukar kepada Muhammad Ramadhan, butiran lokasi pengislaman turut dikongsikan pemilik akaun Facebook Maulana Helmi.
maulana helmi
Walau bagamanapun menjelang tengah hari Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, didakwa menafikan kisah viral ini menersi satu laporan disiarkan MStar Online.
“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
“Saya akui sedang mendalami agama Islam. Sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam,” ujar Acappan yang turut menjelaskan foto-foto yang tersebar diambil ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi, pada Ahad.

Acappan turut dipetik memberitahu, dirinya dijemput seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama pada hari berkenaan. Acappan dilaporkan berkata:
“Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad). Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama”.

Menurut Acappan gara-gara kisah viral dirinya sudah memeluk Islam, dia terpaksa menjawab banyak persoalan baik daripada rakan-rakan mahu pun keluarga.
Tak apalah, hidayah sememangnya milik Allah Taala dan tidak boleh dipaksa-paksa. Islam juga melarang sebarang unsur penipuan biar apa pun alasannya, selain tidak membenarkan penganut memburukkan agama orang lain.
Semoga semua pihak berlapang dada dalam hal ini. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now