Honda Civic Generasi Ke-10 Dilancarkan, Harga Bermula RM111k Dengan Tiga Varian

Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model segmen C baharu menerusi Honda Civic generasi ke-10 sebentar tadi.

Honda Civic ditawarkan dengan tiga varian di mana dua daripadanya menggunakan enjin 1.5 liter pengecas turbo dan satu lagi adalah 1.8liter.





Enjin 1.5 liter pengecas turbo menyalurkan 173PS dengan tork setinggi 220Nm.

Bagi rangkaian kuasa 1.8 liter pula menghamburkan 141PS, manakala 174Nm bagi kuasa torknya.

Jentera yang menerapkan reka bentuk coupe dijual pada RM113,800 bagi varian 1.8 S; RM127,800 (1.5 Turbocharger) dan RM135,800 (1.5 Turbocharger Premium) harga termasuk insurans.

2 comments.. read them below or add one

Nur aFiQaH Nur aFiQaH Jun 10, 2016
Cantik..tapi mampu tengok je..kita mampu pakai kereta malaysia je..hihu
ayunie ramli ayunie ramli Jun 10, 2016
Memang mampu tengok je. Tp xmstahil dpt satu hari nnt ��