Harga & Spesifikasi Toyota Alphard dan Vellfire Terbaru 2016

Peminat kenderaan MPV pasti teruja dengan pelancaran terbaru dari Toyota ini. Model MPV mewah Toyota Alphard dan Vellfire menjadi MPV terkini yang akan berada di pasaran Malaysia pada tahun 2016 ini.

MPV atau Multi Purpose Vehicle kini menjadi antara kenderaan yang mendapat sambutan di negara ini berikutan saiznya yang luas dan boleh memuatkan ramai penumpang.


MPV Baru Toyota 2016 - Alphard,  Vellfire & Sienta

MPV Mewah Toyota

Duah buah model MPV mewah Toyotayang paling hangat dan disukai ramai iaitu Alphard kini hadir dengan 2 variant disamping 1 variant bagi Vellfire. Tidak banyak beza rupabentuk luaran dan dalaman bagi ketiga-tiga variant kecuali bumper yang diubah suai bagi membezakannya.

Walaupun rekaan berbentuk kotak, namun dari sudut kemewahan dan keselesaan mengatasi rupabentuk menyebabkan MPV mewah Toyota tetap mendapat perhatian dan sambutan ramai pengguna.

Alphard dan Vellfire berkongsi ukuran tinggi dan lebar yang sama iaitu 1,850 mm (lebar) dan 1,895 mm (tinggi). Namun Vellfire memiliki kepanjangan sebanyak lebih 13 mm berbanding Alphard iaitu 4,930 mm (4,917 mm bagi Alphard).

Rekaan Aphard dan Vellfire baru ini tidak banyak perubahan ketara dari generasi sebelumnya. Namun rekaan hadapan Alpahard agak keterlaluan dengan grill yang sangat besar! Rekaan grill Vellfire nampak lebih minimal dan kemas.

Namun kemasan dan kualiti dalaman agak hebat walaupun belum dapat menandingi kemewahan rekaan jentera mewah eropah.

Harga & Spesifikasi Toyota Aphard dan Vellfire
Berikut adalah harga dan spesifikasibagi setiap variant model Toyota Alphard dan Vellfire di Malaysia. (Semua harga atas jalan termasuk cukai dan insuran)

MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire

Spesifikasi Standard bagi semua model dan variant

  • Luaran (Exterior): Lampu utama LED dengan pelarasan automatik dan lampu selekoh, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan LED, bumbung matahari dan rim aloi 18-inci yang dibaluti tayar 235/50 R18.
  • Dalaman (Interior):  Meter Optitron, paparan pelbagai-maklumat (MID) 4.2-inci TFT, kawalan kelajuan dan kemasukan pintar dengan sistem penghidup enjin.
  • Sistem keselamatan: ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Mula Mendaki (HAC), pengesan parkir dan tujuh beg udara.
  • Lepas jualan: Warranty 5 tahun tanpa had mileage
Toyota Alphard 3.5
  • Harga: RM419,900
  • Kuasa Enjin: 3.5 litre 2GR-FE V6 (271 PS at 6,200 rpm and 340 Nm at 4,700 rpm)
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Transmisi: Automatik 6 kelajuan dengan sequential shifter
  • Luaran (Exterior): Rekaan Bumper hadapan yang tersendiri
  • Dalaman (Interior): sistem audio DVD-AVN tujuh-inci dengan lapan-speaker. tempat duduk balutan kulit berwarna kuning cair. roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit wood grain dengan butang kawalan bagi audio, telefon bimbit dan pengesan suara.
  • Warna Pilihan: Putih Mutiara Mewah, Putih Mutiara, Perak Metalik dan Hitam
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire

Toyota Alphard 3.5 Executive Lounge

  • Harga: RM519,900
  • Kuasa Enjin: 3.5 litre 2GR-FE V6 (271 PS at 6,200 rpm and 340 Nm at 4,700 rpm)
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Transmisi: Automatik 6 kelajuan dengan sequential shifter
  • Luaran (Exterior): Rekaan Bumper hadapan yang tersendiri
  • Dalaman (Interior): Electro Multi Vision, roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit VIP wood grain dengan butang kawalan bagi audio, telefon bimbit dan pengesan suara., sistem audio DVD lapan-inci dengan navigasi serta sistem bunyi JBL bersama 17-speaker. Tempat duduk balutan kulit semi-aniline dengan pilihan warna kuning cair atau hitam dengan tempat duduk VIP untuk barisan kedua dengan Ottoman (telescopic length change, power lift up) as well as seat air-conditioning.
  • Warna Pilihan: Putih Mutiara Mewah, Putih Mutiara, Perak Metalik dan Hitam
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire

Toyota Vellfire 2.5

  • Harga: RM355,000
  • Kuasa Enjin: 2.5 litre 2AR-FE Dual VVT-i 4 Cylinder (180 PS at 6,000 rpm and 235 Nm at 4,100 rpm)
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Transmisi: CVT Automatik
  • Luaran (Exterior): Rekaan Bumper hadapan yang tersendiri
  • Dalaman (Interior): Sistem audio DVD-AVN tujuh-inci dengan lapan-speaker. tempat duduk balutan kulit berwarna hitam, roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit black wood grain dengan kawalan audio.
  • Pilihan Warna: Burning Black (keunguan), Putih Mutiara, Perak Metalik dan Hitam.
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire

Sumber - paultan.org 

0 comment... add one now