GEMPAR! Awan Berbentuk 'Puting Beliung' Cetus Tanda Tanya, Inilah KEJADIAN SEBENAR Yang Berlaku

post-feature-image

KOTA KINABALU: Pembentukan awan yang luar biasa sehingga ia kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah, semalam menggemparkan penduduk. 

Difahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat. 

Penduduk Kampung Lumat, Siti Sahrah Mohd Desa, 32, berkata beliau melihat awan berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Beaufort pada jam 7.40 pagi. 
"Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut. 
"Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa," katanya.

GEMPAR! Awan Berbentuk 'Puting Beliung' Cetus Tanda Tanya, Inilah KEJADIAN SEBENAR Yang Berlaku

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit, Marif Yusof, berkata ketika kejadian, warga sekolah mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp. 

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garisan badai. 

Katanya, keadaan itu terbentuk akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

1 comment... add one now