Gelagat Seekor Kucing ‘Kejutkan’ Jemaah Tidur Ketika Azan curi tumpuan netizen Arab


Gelagat seekor kucing yang dilihat ‘mengejutkan’ seorang jemaah yang sedang tidur ketika azan berkumandang mencuri tumpuan netizen terutamanya netizen di Arab.
Video terbabit, yang dimuat naik di Youtube merakamkan kucing itu bermain-main dengan satu objek sebelum meluncur mengikuti objek tersebut ke jemaah itu dan menepuk kepalanya yang sedang tidur.
Selepas itu, dilihat kucing berkenaan dengan selamba berlalu dari jemaah berkenaan.
Jemaah yang sedang tidur itu bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga.
Video yang bertajuk “Cabaran kucing-kucing di Mekah” itu dimuat naik pada 1 Jun lalu dan mendapat lebih dari 40,000 tontonan.
Video berkenaan juga turut mendapat mencuri perhatian beberapa stesen TV tempatan seperti Ajel dan emirates247.

0 comment... add one now