Gara-gara gambar viral, Diggy si anjing pitbull diancam bunuh

Gara-gara gambar viral, Diggy si anjing pitbull diancam bunuh


SEEKOR anjing yang diberi nama Diggy berjaya mencuri hati para netizen dan media arus perdana di Amerika Syarikat.

Namun setelah menjadi ‘selebriti’ dan gambarnya kini viral, pihak berkuasa mahu anjing itu dibunuh.

Ini kerana bandar Waterford di Michigan, Amerika Syarikat iaitu tempat tinggal anjing itu mempunyai ordinan untuk mengharamkan anjing baka pitbull.

Namun, pemiliknya yang juga merupakan ahli pemuzik tempatan Dan Tillery mendaftarkan anjing itu sebagai baka American Bulldog namun pihak berkuasa masih dalam proses pengesahan.

“Polis berkata anjing itu merupakan baka pitbull dan (fakta) itu sudah mencukupi dan saya mempunyai tiga hari untuk mengeluarkan anjing itu dari rumah,” kongsi Tillery ke saluran CBS Detroit.

Tillery mengambil anjing yang diberi nama Diggy minggu lepas dan berkongsi gambar beliau bersama anjing itu di Facebook.



Gambar itu terus menjadi viral, sehingga  mendapat perhatian majalah People dan progam bual bicaraGood Morning America.
Namun, apabila pihak berkuasa mengetahui bahawa Tillery mengambil anjing baka pitbull, polis terus ke kediaman beliau.

Beliau mempunyai sehingga hari Isnin untuk memindahkan Diggy.

0 comment... add one now