Gambar Kereta Honda Berwarna Putih Ni Ikut Laluan Motosikal Jadi Viral

lorongmoto

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan sebuah kereta Honda Stream menggunakan laluan motosikal sepanjang lebih 20 km di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, George Town, Pulau Pinang, kini tersebar di laman sosial.
Kereta berwarna putih itu dilaporkan dalam perjalanan dari Batu Maung di bahagian pulau ke Batu Kawan di tanah besar, pada Sabtu.
Insiden itu sekali gus mengundang kecaman ramai yang menyifatkan pemandu tersebut tidak berotak.
Ini kerana, jelas terdapat papan tanda di jabatan itu yang melarang kereta memasuki laluan motosikal.
Pengurus Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn Bhd, Azizi Azizan, berkata, pemandu itu melalui jalan itu kira-kira 7.20 malam.
“Pemandu itu melintasi jambatan sebelum keluar di persimpangan sebelum Plaza Tol Bandar Cassia.
“Laluan khas untuk motosikal itu luas dan boleh memuatkan kereta kerana ia juga berfungsi sebagai lorong kecemasan,” katanya.
Tambah Azizi, ini adalah kejadian kedua yang serupa berlaku dalam tempoh kurang setahun, di mana insiden pertama berlaku pada akhir tahun lalu.
“Dalam kejadian pertama, pemandu kereta terlibat memasuki lorong motosikal dan meneruskan perjalanan sehingga hampir satu kilometer sebelum mengalihkan pemanduan ke laluan kanan,” katanya.
Susulan itu, Azizi akan merujuk hal itu kepada pihak pengurusan syarikat bagi membincangkan penyelesaian terbaik.
Sementara itu, Ketua Polis Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Tan Boon Hooi berkata, kejadian itu akan disiasat. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now