Fakta kronologi kehidupan Muhammad Ali turun naik perjalanan kerjaya

Fakta kehidupan dan turun naik kerjaya tinju Muhammad Ali





Legenda tinju dunia, Muhammad Ali, 74, baru2 ini meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah hospital akibat masalah pernafasan di Phoenix, Arizona Khamis lalu.

Kita lihat sepintas lalu fakta kehidupan dan turun naik perjalanan kerjaya Allahyarham:

Kelahiran dan Kerjaya Amatur

17 January 1942 -  Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, nama asalnya Cassius Marcellus Clay Jr. Anak sulung kepada seorang pengecat papan tanda, Cassius Marcellus Clay Sr. Mula mendekati sukan tinju pada umur 12 tahun, apabila seorang pegawai polis Louisville, Joe E. Martin diberitahu Ali, dia akan membelasah pencuri basikalnya. Martin kemudiannya mencadangkan kepada Ali untuk belajar bertinju dahulu.

1954 - Mula beraksi dalam Tomorrow's Champions bersama Martin, dan dalam pada sama berlatih di gimnasium milik Fred Stoner. Stoner merupakan jurulatih Ali sepanjang kerjaya amatur beliau. Di bawah bimbingan Stoner, Ali memenangi Kentucky Golden Gloves sebanyak 6 kali. Sepanjang karier amaturnya, beliau memperoleh beratus kemenangan dan cuma kalah 5 kali.

1960 - Memenangi pingat emas Olimpik dalam kategori light heavyweight.


Anak sulung kepada seorang pengecat papan tanda, Cassius Marcellus Clay Sr.
Muhammad Ali adalah anak sulung kepada seorang pengecat papan tanda, Cassius Marcellus Clay Sr. - Gambar fail


Kerjaya Profesional

1960 - Kembali ke Louisville selepas kemenangan di Olimpik untuk memulakan kerjaya profesionalnya. Antara kemenangan pertama dalam kerjaya profesionalnya adalah menewaskan Tunney Hunsaker dalam perlawanan 6 pusingan. Peninju lain yang pernah dikalahkan Ali adalah Jim Robinson, Tony Esperti, Donnie Fleeman, George Logan, Alonzo Johnson, Lamar Clark, Willi Besmanoff, Henry Cooper dan Doug Jones.

1964 - Berkahwin buat kali pertama kepada Sonji Roi, namun berpisah 2 tahun kemudian.

25 Febuari 1965 -  Ali berhadapan Sonny Liston untuk Kejohanan Dunia. Liston yang dikatakan tidak boleh dikalahkan dilawan habis-habisan oleh Ali sehingga gagal bangkit selepas pusingan ke-6.

26 Febuari 1965 - Sehari selepas mengalahkan Liston, Ali mengumumkan telah memeluk agama Islam, dan memilih untuk tidak menggunakan nama asal yang disifatkan sebagai "nama hamba". Beliau memilih nama Muhammad Ali.

1966 - Diharamkan untuk bertinju di Amerika Syarikat pada tahun 1966, dan kemudian dijatuhi hukuman penjara kerana enggan menyertai tentera Amerika.

1967 - Dilucutkan gelarannya oleh Suruhanjaya Tinju Profesional dan tidak dibenarkan bertanding secara profesional selama tiga tahun.

Ogos 1967 - Berkahwin buat kali kedua dengan Belinda Boyd, dan dikurniakan tiga orang anak perempuan serta seorang anak lelaki sebelum perkahwinan itu dibubarkan pada tahun 1976.

1970 - Kembali ke arena tinju.

1971 - Mahkamah Agung AS membatalkan sabitan.

8 Mac 1971 - perlawanan antara Ali dengan Joe Frazier sebanyak 15 pusingan. Ali kalah melalui keputusan sebulat suara selepas dipukul pada rahang kiri pada pusingan terakhir.

30 Oktober 1974 - "Rumble in the Jungle", perlawanan Ali menentang George Foreman di Zaire - salah satu daripada kejohanan yang dinanti-nantikan. Foreman menjadi pilihan tetapi Ali menang selepas pusingan kelapan. Beliau mendapat gelaran juara dunia sekali lagi dan mempertahankan gelaran tersebut 10 kali dalam tiga tahun berikutnya.

Diharamkan untuk bertinju di Amerika Syarikat pada tahun 1966, dan kemudian dijatuhi hukuman penjara kerana enggan menyertai tentera Amerika. - Gambar fail
Diharamkan untuk bertinju di Amerika Syarikat pada tahun 1966, dan kemudian dijatuhi hukuman penjara kerana enggan menyertai tentera Amerika. - Gambar fail


Penurunan prestasi dalam kerjaya

1 Oktober 1975 - "Thriller di Manila", Ali bertemu Joe Frazier dalam perlawanan tanpa henti. Perlawanan tersebut dianggap sebagai antara yang terbesar pada abad ke-20. Ali menang dengan kalah mati teknikal, tetapi kemudiannya menyatakan perlawanan tersebut adalah perkara yang paling dekat dengan kematian.

1977 - Selepas kekalahan di Manila, Ali mengalami penurunan prestasi mendadak. Beliau cedera parah dalam pertarungan dengan Ernie Shavers, dan kesihatannya terus terjejas sehingga ke fasa akhir kerjayanya.

1977 - Perkahwinan ketiga dengan Veronica Porche. Pasangan itu mempunyai empat orang anak perempuan sebelum berpisah pada tahun 1986.

1979 - Mengumumkan persaraan buat kali pertama.
1980 - Berkeras untuk membuat kemunculan semula bagi melawan juara dunia baru, Larry Holmes. Beliau menerima satu pukulan kuat, sebelum perlawanan dihentikan pada pusingan ke-11.

1981 - Ali akhirnya menerima hakikat kerjayanya di gelanggang telah berakhir dan bersara.

1984 - Didiagnosis dengan "post-traumatic Parkinson", disebabkan kecederaan ketika bertinju.

1986 - Perkahwinan keempat dengan kepada Yolanda Williams, dan mengambil anak angkat.

Muhammad Ali mengumumkan persaraan buat kali pertama pada tahun 1979. - Gambar fai
Muhammad Ali mengumumkan persaraan buat kali pertama pada tahun 1979. - Gambar fail

1996 - Jutaan menonton Ali bergelut untuk mengawal lengan kirinya yang bergetar teruk ketika menyalakan obor Olimpik di Atlanta. Di akhir acara sukan, Ali dianugerahkan pingat emas baru bagi menggantikan pingat yang dibuang beliau pada tahun 1960.

2005 - Dianugerahkan Presidential Medal of Freedom oleh Presiden AS, George W Bush

2012 - Membuat penampilan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

2016: Muhammad Ali diumumkan meninggal dunia.

0 comment... add one now