Edisi terakhir majalah Ujang dan APO pada bulan Julai 2017 akan datang!

TIADA-LAGI-MAJALAH-UJANG-DAN-APO-DIPASARAN
Siapa yang lahir pada tahun 80-an dan awal 90-an mesti pernah baca majalah Ujang & Apo kan? Siapa boleh lupakan, zaman itu tiada lagi telefon pintar. Kalau nak membaca, mesti beli di kedai berhampiran.
Malam-malam duduk kat rumah baca majalah ni gelak sorang-sorang. Seronok juga bila imbas balik kenangan lama.
13427723_891005114355917_1576527089849413851_n
Tapi malangnya, majalah Lawak Antarabangsa Ujang & Apo ini akan berakhir tidak lama lagi. Mereka bakal mengeluarkan edisi terakhir pada bulan Julai 2016 akan datang.
Dapatkan edisi kejutan khas ini di kedai berhampiran anda pada harga RM10.00 bermula pada 27 Jun 2016 akan datang!
P/S: Terasa sedih pulak bila teringat zaman kanak-kanak dulu kalau balik kampung mesti bawa seguni majalah ni nak baca dalam kereta. Apa-apa pun kami doakan yang terbaik untuk kumpulan Ujang Moy Production! Anda berjaya menghiburkan ramai rakyat Malaysia pada zaman kegemilangan anda!

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 18, 2016
Yes betulll! Sokong sangatt. Dulu takde nak scroll fb bgai. Smua duk pakat belek majalah je. Ujang, apo memanggg legendd 😭