Dituduh Tipu Pelanggan Dan Tiada Refund, Ini Penjelasan Lebih Lanjut Dari Pihak ELLE ZADA!

post-feature-image

Sekarang ini menjadi perbualan hangat netizen apabila dikatakan baju raya Sam Syatilla kolaborasi dengan butik ELLE ZADA tidak dapat disiapkan dalam waktu yang telah ditetapkan. 

Disebabkan kelambatan itu, ramai pelanggan berang dan mula meminta balik duit mereka yang telah membuat pre order sebelum ini. Isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan nama Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. 

Semalam, menerusi laman Facebook rasmi mereka, ELLE ZADA telah mengeluarkan kenyataan mengenai barang yang telah ditempah itu. Bahkan, mereka menjelaskan tempahan pelanggannya dalam proses dan menegaskan mereka bukan menipu pelanggan tetapi HANYA LAMBAT sahaja. 

Berikut status mereka. 

We are not lying, we are simply late... We are sorry.

Kami sepasukan meminta maaf kepada semua agents dan customers yang terkesan dengan kelewatan ini.

1. Apabila projek skala besar, pihak ELLE ZADA tidak mampu menghasilkannya di tailoring house kami yang mempunyai kapasiti maksimum 40 tailors sahaja, jadi kami perlu outsourced manufacturing ke 7-8 tailoring house lain untuk memastikan stok siap sempurna.

2. Supplier pula sentiasa memberikan tarikh yang tidak tepat untuk item yang sampai ke tailoring house kami; hal ini menyebabkan estimation delivery berubah-ubah.

3. Sebagai contoh, pihak outsourced tailoring house A kata, item akan sampai awal Mei, kami akan segera inform agents dan customers bahawa item akan sampai pada awal Mei. Tetapi bila sampai waktu yang dijanjikan, mereka kata hujung Mei, kami akan maklumkn lagi kepada agents dan customers.

4. Apabila sampai tarikh yang dijanjikan, sekali lagi mereka menundanya. Bunan sengaja tetapi untuk ketelitian jahitan serta kompleksiti designs, memang memakan masa luar jangkaan asal outsourced tailoring house.

5. Berbeza dengan tailoring house Elle Zada yang sudah lebih biasa menjahit koleksi intricate dengan laju, kebanyakan tailoring house outsourced tidak mempunyai speed yang sama walaupun mereka lebih besar. Perkara ini mengakibatkan tarikh yang tepat sukar ditentukan disebabkan perbezaan kemahiran dan speed.

6. Perubahan tarikh ini menimbulkan kemarahan ramai pihak sehingga menyangkakan kami penipu. Mestilah sedih jika digelarkan penipu walaupun kita sedaya upaya berusaha mempercepatkan proses tersebut... tapi kami faham, dan tidak ambil hati.

Dituduh Tipu Pelanggan Dan Tiada Refund, Ini Penjelasan Dari Pemilik ELLE ZADA!

Dituduh Tipu Pelanggan Dan Tiada Refund, Ini Penjelasan Dari Pemilik ELLE ZADA!

REFUND

1. Item yang akan direfund adalah item yang tiada barangnya atau item yang dah siap yang didapati defect. Semua item yang dihantar bermula 1Jun lepas melalui kawalan QC yang lebih ketat. Jadi item yang sampai kepada anda adalah sempurna.

2. Sekiranya item telah dipack dan dalam que dipost, item tidak akan direfund.

3. Bermula 29hb ke atas kami akan memulakan COD sekitar semenanjung untuk mengelakkan item stuck di pos laju dan berlaku kelewatan.
We truly love and appreciate all our agents and customers. What had happen is something beyond our expectation and human control.

Given the chance to do it again, we will conduct it differently. Pre-order is a risky choice without clear dateline.

We are truly sorry with what had happen...we are posting and delivering all items to you as this post is made.

Kami tahu, kalian juga tak suka mahu marah-marah.. Tapi kelemahan di pihak kami menyebabkan sangat ramai yang hilang sabar. For that we are truly sorry. We will help with any inquiry regarding delivery and refund. Thank you for your understanding.

Special thanks to all sisters & brothers sending us du'a in this hard time. We need it. May Allah bless us all and put us among those that are sabar.

Walaupun kenyataan tersebut sedikit sebanyak melegakan perasaan pelanggan namun masih ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. 



Apapun, semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada butik Elle Zada supaya mereka dapat perbaiki kesilapan ini dari berulang lagi pada masa akan datang.

0 comment... add one now