Disangka rekaan 'baju kurung' lelaki, inilah kisah sebenar ramai yang salah sangka!



Semalam viral di media sosial beberapa keping gambar model lelaki memperagakan baju seakan-akan rekaan 'baju kurung' sehingga mencetuskan kritikan netizen.

Rata-rata netizen menganggap baju itu adalah 'baju kurung' tetapi sebenarnya rekaan oleh Waridi Hamdan ini adalah pakaian kurta untuk lelaki.

Gambar tersebut menjadi bahan jenaka orang ramai kerana pakaian yang diperagakannya oleh pelakon Jaslin Puasa iaitu bekas finalis Hero Remaja bersama seorang lagi model yang juga Naib Juara Mister Planet Malaysia 2016, Asyraf Dasley disangkakan baju kurung.

Tidak dinafikan, sekali pandang pakaian berkenaan memang seakan-akan baju kurung apatah lagi dikenakan dengan kain berona sama. Menurut Jaslin, selain 'baju kurung' yang sebenarnya adalah kurta, mereka juga ada memperagakan baju melayu rekaan pereka sama.

1 comment... add one now