Diluluskan nombor pendaftaran khas siri VIP 1 hingga VIP 9999 sempena Tahun Melawat Pahang 2017

rr-vip-plate
Pemohonan dari Jawatankuasa Pelancongan Dan kebudayaan negeri Pahang untuk menggunakan nombor pendaftaran khas siri VIP 1 hingga VIP 9 sempena Tahun Melawat Pahang 2017 telah pun diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut laporan theSun, bagi mendapatkan hak eksklusif bagi siri nombor perndaftaran tersebut, kerajaan Pahang perlu membayar sejumlah RM1 juta kepada Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu sama seperti beberapa pertubuhan yang menjual nombor pendaftaran kenderaan dengan awalan “Patriot”, “G1M”, “1M4U”, “BAMbee”, “Sukom” dan banyak lagi.
Bagi nilai keseluruhan RM1 juta untuk 9,999 nombor itu, ini bermakna JPJ akan menerima RM100 bagi setiap nombor tersebut, walau pun selalunya nombor-nombor khas ini boleh mencecah sehingga ribuan malah jutaan ringgit untuk membidanya. Ini termasuklah nombor pendaftaran “F1” yang dilaporkan menerima bidaan hampir RM5 juta baru-baru ini.
Akhbar terbabit turut mempersoalkan mengapa pihak kementerian atau JPJ membenarkan beberapa pertubuhan menjana kewangan dengan menjual nombor pendaftaran khas sebegini sedangkan ia boleh disalurkan kepada kerajaan sendiri.
Selain itu, terdapat juga isu lain iaitu berkaitan dengan ketelusan dalam proses pembidaan yang dikendalikan oleh pertubuhan persendirian bukan-kerajaan yang bertentangan dengan amalan yang dilakukan oleh JPJ ketika membina nombor ini.
theSun turut menghubungi Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi bagi menjawab persoalan ini. Menurutnya, profit yang diperoleh dari hasil jualan nombor-nombor tersebut akan disalurkan terus kepada badan pertubuhan yang bertanggungjawab. “Contohnya plat nombor “G1M”, hasil jualan tersebut terus kepada Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia untuk dana ekpedisi ke Gunung Everest,” ujar Aziz.

0 comment... add one now