Dikatakan Meniru Paten, iPhone 6 Dihentikan Penjualan Di China



CHINA yang begitu sinonim dengan barangan ‘buatan sendiri’ nampaknya sudah mula mengambil tindakan drastik apabila mengumumkan mereka berkemungkinan besar akan menyekat kemasukkan jenama Apple ke dalam pasaran tempatan.
Republik itu, selepas menghalang akses perkhidmatan Apple iBookstore dan iTune Movies, kali ini tiba giliran peranti iPhone pula menerima nasib yang sama.
Baru-baru ini, Mahkamah China mengarahkan Apple untuk mengantung penjualan iPhone 6 dan 6 Plus berikutan halangan undang-undang yang dikemukakan sebuah syarikat di Shenzen berhubung isu paten.
Menurut laporan Gizmodo, iPhone dikatakan melanggar paten reka bentuk untuk model 100C yang dihasilkan syarikat Shenzhen Baili.
anxf3bjtxfzathrwqvvv
“Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mempunyai perbezaan kecil dari 100C Baili, yang mana menyebabkan kebanyakkan pelanggan gagal  mengecam dan seterusnya keliru dengan kedua jenis peranti ini.
“Oleh itu kes ini diklafikasikan dalam kategori perlindungan hak paten,” kata penguasa Pejabat Harta Intelek Beijing.
Arahan tersebut dikeluarkan pada bulan Mei, namun Apple menerima rayuan penagguhan yang membenarkan jualan diteruskan.
Apa yang bertambah pelik, pengantungan jualan bagaimanapun tidak melibatkan iPhone 6S atau Iphone 6sPlus yang mempunyai reka bentuk yang sama dengan model yang dihentikan jualan.
Apple bagaimanapun mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan mereka merancang untuk terus menjual model berkenaan sementara merayu untuk keputusan itu.
“Kami merayu perintah pentadbiran dari tribunal patern setempat di Beijing bulan lalu dan keputusannya masih ditangguh oleh Mahkamah Beijing,” kata Apple dalam satu kenyataan.
Awal bulan lalu, Apple gagal dalam halangan undang-undang terhadap sebuah syarikat China yang menjual barangan kulit berjenama IPHONE. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Gizmodo

1 comment... add one now

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip Jun 20, 2016
pulak daaah.. tapi bukan IP mmg gitu ke rupa dia.. hehe..