Dek Video Haron Din ‘Ubat’ Neelofa, Peminat Persoal Tindakannya Memuatnaik Di Instagram!

neelofa 1_3

SESIAPA yang mengikuti perkembangan Neelofa menerusi laman Instagramnya beberapa hari lepas, mesti perasan pelakon dan pengacara ini telah bertemu dengan seorang pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.
Selain itu, Neelofa juga sempat memuat naik video dirinya sedang berubat cara Islam dengan Haron Din.
Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kontroversi apabila laman Instagram Neelofa dihujani dengan ratusan komen peminat.
Ini gara-gara, ketika proses ruqyah itu kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Dek kerana itu, ramai yang mempersoalkan tindakan dan niat Neelofa memuat naik video tersebut.
Untitledkomen 2_7komen 1_7
Rata-rata berpendapat Neelofa sengaja mencari publisiti dan video tersebut tidak patut dikongsi kepada umum kerana boleh menimbulkan fitnah.
Bagaimanapun, ada sesetengah peminat mempertahankan bintang itu kerana merasakan tiada yang salah atau haram kerana Haron Din melakukan sedemikian untuk tujuan berubat dan ianya jelas berlapik.
Tambahan pula, dapat memberi gambaran kepada peminat di luar sana tentang bagaimana proses ruqyah berlangsung.
Dalam pada itu, Neelofa turut memuat naik video pesanan Haron Din dan antara intipati ucapannya adalah tentang ‘bersangka baik’.
Apa pun, bertuah Neelofa kerana dapat bertemu dengan salah seorang ahli agama yang begitu dihormati dan sanjungi di Malaysia.
lofa
Terdahulu, Neelofa juga pernah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar seorang qari memegang ubun-ubunnya. 

0 comment... add one now