Deen Squad lagu 'Ramadan' konsep cool lagu rap berlandaskan agama Islam

1280x720-UxH
Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama Deen Squad tetapi kumpulan duo rap ini sudah mula menempah nama kerana membawa nafas baru terhadap industri muzik hip-hop dan R&B di dunia.
Ini kerana kumpulan rap yang terdiri daripada Jae Deen dan Karter Zaher ini menggunakan konsep muzik rap berlandaskan agama Islam.
Baru-baru ini mereka mengeluarkan satu lagu berjudul Ramadan yang menggunakan rentak muzik Justin Bieber – Love Yourself.
Memang menenangkan dan membuka mata sebagai cara baru untuk berdakwah dalam Islam.
Jom layan lagu ini!
P/S: Dalam satu nota yang berbeza, Deen Squad juga mengeluarkan satu lagu berjudul JANNAH. Agak cool jugak konsep rap dubstep dengan agama Islam. Haha enjoy!

0 comment... add one now