Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah PT3 2016

Berikut adalah Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah PT3 yang dapat dikongsi pada pelajar semua sebagai panduan dan rujukan menjayakan Kerja Kursus Sejarah PT 3 2016

Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah PT3


Contoh 1

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

       Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan – rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

      Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.


Contoh 2

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

       Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

       Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka .


Contoh 3


Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

       Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

      Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.


Contoh 4

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

        Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

       Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

      Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta".

Pautan : Kepentingan memelihara bangunan bersejarah PT3 2016

0 comment... add one now