Comel! Video Aksi Budak Pandu Kereta, Bapa Tumpang Belakang Dipuji Netizen



COMEL! Itu yang terungkap tatkala melihat video seorang kanak-kanak memandu sebuah kereta sambil bapanya menumpang di belakang.
Situasi comel itu dirakamkan seorang pejalan kaki, Wayne Nuttall, 47, yang cukup terhibur dengan gelagat kedua anak beranak itu.
“Bapanya berada di belakang kereta dan ‘dipandu arah’ oleh anak lelakinya. Ini satu momen yang cukup melucukan!”, kata Wayne.
Bapa dan anak itu dipercayai baharu sahaja pulang dari menghadiri satu karnival yang diadakan di Bognor Regis, West Sussex, United Kingdom, baru-baru ini.
Ramai netizen melahirkan perasaan kagum mereka dengan perkara tersebut dan menyifatkan ciptaan bapa budak itu merupakan sesuatu yang kool dan boleh digunakan untuk merapatkan lagi hubungan di antara bapa dan anak.

0 comment... add one now