China Bina Superkomputer Terpantas Dunia Tanpa Menggunakan Teknologi AS

Menurut laporan Top500.org, China telah membina superkomputer terpantas di dunia menggunakan cip buatan tempatan.
Ia kali pertama negara itu mengambil kedudukan teratas dalam perlumbaan superkomputer terpantas dunia tanpa menggunakan teknologi AS.
Superkomputer Sunway TaihuLight adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding superkomputer yang dibina sebelum ini di China yang menggunakan cip buatan Intel dari Amerika Syarikat.
China juga mengungguli lebih banyak kedudukan teratas dalam superkomputer berbanding AS buat kali pertama sejak kajian bermula.
Terletak di Pusat Superkomputer Kebangsaan, di wilayah Wuxi Timur Laut China, Sunway TaihuLight akan digunakan untuk pemodelan iklim dan penyelidikan sains hayat.
Prestasinya menamatkan spekulasi bahawa China akan terpaksa bergantung kepada teknologi Barat utnuk bersaing dengan berkesan bagi kedudukan lebih tinggi dalam persaingan superkomputer,” menurut laman web tersebut.
Superkomputer dalam senarai Top500.org, dinilai berdasarkan kepantasan dalam ujian penanda aras oleh pakar dari Jerman dan AS.
Daripada 10 komputer terpantas, dua adalah di China, empat di AS, selebihnya adalah di Jepun, Jerman, Switzerland dan Arab Saudi.
China membuat pelaburan besar dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi untuk menjadi gergasi dalam bidang tersebut.
Sumber – Top500.org

0 comment... add one now