Chickaboo Turut Curi Tumpuan Artis Antarabangsa Lebih 8,000 Retweet


Mungkin kerana publisiti yang terlampau banyak dan kecomelannya di lorong kanan jalan raya, burung unta yang menjadi viral berlari di lebuhraya federal baru-baru ini turut mencuri tumpuan penyanyi terkemuka, Greyson Chance.

Penyanyi yang kini berada di Malaysia untuk satu konsert itu memuat naik gambarnya bersama seekor burung unta yang di laman Twitter miliknya hari ini dan mendapat lebih dari 8,000 retweet dari peminat.

"Sedang melepak dengan seekor burung unta di Malaysia #Chickaboo.", tulis Chance di tweet itu.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada burung unta itu merupakan burung unta yang sama berlari di lebuhraya federal baru-baru ini.

Khamis lepas, Chickaboo mencuri tumpuan Malaysia apabila videonya berlari di lebuhraya tersebut menjadi viral. 



0 comment... add one now